Sejak mendirikan rumah tangga bersama Bunga Citra Lestari, pelakon Ashraf Sinclair mulakan kehidupan baharu di Indonesia serta aktif dalam bidang lakonan di negara tersebut. Ashraf sering tampil dalam sinetron dan mempunyai kesempatan bergandingan dengan beberapa pelakon popular disana.
Walaubagaimanapun, Ashraf tetap rindu untuk berlakon di Malaysia dan kini sedang mengintai peluang untuk membintangi filem tempatan kerana kualiti sesebuah naskah itu lebih baik berbanding sebelumnya.
Saya berminat untuk kembali membintangi filem-filem tempatan kerana banyak perkembangan terbaru dalam industri filem Malaysia.
Lebih-lebih lagi saya lihat anak muda di Malaysia mempunyai idea-idea yang cukup bagus. Saya sendiri sangat teruja melihat hasil-hasil kerja pembikin filem tempatan.
Pada masa yang sama, Ashraf mengakui beliau sudah penat berlakon didalam sinetron kerana jadual penggambaran yang cukup lama sehingga membataskan masa beliau bersama keluarga tercinta.
Berlakon dalam Sinetron sungguh memenatkan kerana jadual penggambaran yang cukup lama sehingga jarang berjumpa keluarga. Rasanya saya sudah berlakon hampir 700 episod Sinetron setakat ini.
Apabila saya berada di set penggambaran banyak perkara yang saya tidak terlepas atau tidak dapat buat. Terutamanya untuk bertemu keluarga dan perniagaan saya. Mungkin pertengahan tahun ini saya tidak mahu terlalu terlibat dengan Sinetron dan fokus pada filem pula.
Bak kata pepatah, hujan emas dinegeri orang hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri dimana kita sudah tahu setiap “isi†kehidupan. Tidak dapat dinafikan kalau berlakon sinetron Indonesia ini memang panjang sungguh cerita mereka, tetapi kalau anda perasaan jalan cerita hampir sama juga..