Penat Beraya Dari Pagi? Relakskan Malam Anda Dengan 6 Pilihan Rancangan Ini!

Branded

Penat Beraya Dari Pagi? Relakskan Malam Anda Dengan 6 Pilihan Rancangan Ini!

Bila tiba waktu raya, apa benda yang anda rasa tak sabar nak buat? Kalau min, mestilah layan rancangan raya dekat TV macam waktu kecil dulu. Kumpul ramai-ramai depan TV, lepastu layan rancangan raya dengan sanak saudara. Bestnya! Siapa kat sini macam min? Angkat tangan!

Tapi, min perasan sekarang ni banyak sangat rancangan hiburan waktu raya yang berulang-ulang. Sampai dah boleh hafal skripnya! Hmm, ini yang malas ni nak tengok TV! Eh, jap gais! Kami nak share dengan anda 6 pilihan drama menarik WAJIB tonton yang confirm buat anda tak berganjak dari skrin!

1. Bantu Sekumpulan Anak Muda Selamatkan Diri Dari Nenek Bongkok Tiga!

Kredit gambar: Viu

Kisah bermula apabila lapan anak muda bernama Zamir, Adi, Alis, Sani, Malia, Haikal, Mior dan Salim  yang secara tidak sengaja telah terperangkap di sebuah rumah agam di Bukit Luruh yang dihuni oleh makhluk bergelar ‘Tuan Tanah’. Bukan sahaja terperangkap dalam hutan, malah terpaksa menjadi tahanan kepada seorang Nenek tua! Pergh!

Untuk membebaskan diri, mereka terpaksa bermain beberapa jenis permainan dan setiap permainan yang mereka harus selesaikan membongkar sisi-sisi gelap masing-masing, di mana ada diantara mereka terpaksa mengkhianati satu sama lain.

Anda rasa mampu tak diorang kembali semula ke alam nyata dan selamatkan diri dari dijadikan santapan Tuan Tanah? Kalau nak tahu, kena lah tonton siri Nenek Bongkok Tiga ni dan rungkai bersama-sama sanak saudara hari raya ini di Viu!

2. Genre Thriller Balas Dendam Taxi Driver 2 Buat Anda Berdebor Sentiasa!

Kredit gambar: Viu

Bila negara ‘oppa’ ni buat drama genre thriller, mesti dah boleh expect yang sambutannya akan jadi luar biasa, betul tak? Lebih lagi, kalau ada unsur balas dendam macam drama Again my Life, Eve dan Reborn Rich. Fuh, gempak!

Kalau korang tonton Taxi Driver musim pertama, mesti korang tahu terdapat banyak plot dan babak misi membalas dendam daripada Kim Do Gi betul tak? Haa, untuk musim kedua kali ini, min dengar yang Madam Lim pun akan muncul dalam siri terbaru ni gais! Wah, kenangan lama dengan Wang Taozi muncul kembali!

Dengan ahli skuad baru, semestinya lebih banyak misi yang bakal mereka rungkaikan, sehinggakan kerja mereka menarik perhatian sebuah organisasi misteri, yang menjadikan kehadirannya diketahui dengan membunuh salah satu sasaran Do Gi sebelum hilang tanpa jejak. 

Semasa mereka cuba untuk mendedahkan identiti dan motif organisasi, skuad Rainbow Taxi menghadapi cabaran paling sukar mereka pernah hadapi. Pergh, betul-betul mencabar ni! Nak tonton kesudahan kisah ni? Kalau nak tahu, anda WAJIB tonton Taxi Driver 2!

3. Delivery Man Bantu Rungkai Misteri Penumpang. Bukan Manusia, Tapi Hantu!

Kredit gambar: Viu

Kalau sebelum ni kita selalu terdengar kereta ‘kuning’ tanpa pemandu yang sering mengganggu orang awam, betul tak? Tapi macam mana pula, kalau pemandu yang hanya mengambil ‘hantu’ sebagai pelanggan? Macam drama Delivery Man, memang unexpected bethol!

Kisah bermula apabila seorang pemandu teksi, Seo Young-Min yang memandu dengan ngeri mengelilingi jalan pada waktu malam. Apa yang menarik, walaupun hanya pemandu yang kelihatan tapi siapa sangka sebenarnya ada yang menjadi penemannya! Haa, teksi ini dikhaskan untuk hantu! Membuat perjanjian dengan hantu dara untuk mencari punca kematiannya, pemandu teksi ini mengutip tambang daripada roh pengembara yang datang untuk meminta bantuan terakhir mereka. 

Anda rasa mampu ke Young- Min membantu mereka merungkai segala misteri dan menjadikan roh mereka kembali dengan tenang? Kalau nak tahu, jom tengok Delivery Man!

4. Royal Doctor Papar Hubungan Cinta Dua Zaman

Kredit gambar: Viu

Anda pernah terbayang tak, bila bangun waktu pagi tiba-tiba dah berada dalam zaman dulu? Mesti rasa cemas dan  nak cari jalan keluar untuk balik semula ke dunia yang nyata, betul tak?

Haa, sama macam drama Lakorn Thailand, Royal Doctor!  Kisah bermula apabila Bua, seorang pelajar perubatan dari zaman moden secara misteri kembali ke zaman pemerintahan Raja Rama III; era keemasan perubatan tradisional Thai.

Di zaman lampau, Bua bertemu Thong-Ohn, seorang pelatih perubatan daripada keluarga  doktor keluarga diraja. Bua dan Thong Ohn bertemu dan belajar tentang ilmu perubatan dunia masing-masing dan mengharungi cabaran perubatan bersama.  

Dapatkah Bua kembali ke kehidupan masa kini atau kekal dengan takdirnya untuk tinggal di masa lalu bersama Thong-Ohn? Kalau nak tahu, tonton Royal Doctor sekarang!

5. Duty After School

Kredit gambar: Viu

Kalau tadi dah banyak kdrama best, ni ada satu  kmovie genre sci-fiction thriller yang korang boleh tonton. Duty After School mengisahkan tentang satu kejadian pelik telah berlaku  apabila sfera asing yang misteri mula menyerang dunia. Disebabkan itu, Jabatan Pertahanan terdesak dan mengambil inisiatif untuk merekrut pelajar sekolah menengah dipanggil untuk menyertai perang pertama di dunia untuk menentang kuasa luar angkasa. 

Jabatan Pertahanan terpaksa untuk merekrut pelajar berusia 18 tahun untuk mendaftar sebagai sebahagian daripada pasukan simpanan. Adakah mereka akan berjaya atau dunia menjadi musnah oleh kerana ‘sesuatu’ yang muncul secara tiba-tiba! Tonton Duty After School hanya di Viu!

6. Rompak

Kredit gambar: Viu

Dah lah majlis kahwin nak dekat, eh kena tipu pulak! Haih, Ashraf…Ashraf…Itulah mudah sangat percaya dengan skim pelaburan cepat kaya! Nasib baik ada Daniel, Sarah dan Pakcik Kassim yang sama-sama nak bantu dan bergabung untuk mencari ketua sindiket scam, Farouk. Phew…

Mesti anda tertanya kan, apa yang min borakkan ni? Kalau anda nak tahu, kena tonton filem ROMPAK arahan pengarah terkenal, Ghaz Abu Bakar yang menampilkan pelakon ternama seperti Zizan Razak, Tony Eusoff, Ezlynn dan Daiyan Trisha. MK K-Clique pun ada! Make sure malam raya, anda kena tonton filem Rompak ni di Viu, okay gais!

Tonton Lebih Banyak Rancangan Menarik Raya Ini Hanya Di Viu!

Nak pilihan rancangan lagi? Mestilah boleh! Di Viu, anda boleh tonton pelbagai seleksi drama, movie, program realiti dan banyak lagi! Lagi syok, anda boleh tonton semua ini pada bila-bila masa di mana-mana sahaja, sama ada di TV, peranti mudah alih, komputer dan tablet! Macam ni, kalau mak dan ayah nak berbual lama pun dekat rumah jiran waktu raya pun takde masalah!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Viu atau ikuti media sosial di Facebook, serta muat turun aplikasi Viu di App Store, Google Play dan Huawei App Gallery sekarang!

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...