“Penat!” – Azhar Sulaiman Putus Asa Tegur Leona, Ini Nasihat PU Syed

Hiburan

“Penat!” – Azhar Sulaiman Putus Asa Tegur Leona, Ini Nasihat PU Syed

Sebelum ini, pelakon Azhar Sulaiman telah memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram miliknya dan mendedahkan bahawa dia sudah penat menasihati anak perempuannya, Kasih Iris Leona.

Menerusi hantaran tersebut, Azhar meluahkan perasaan bahawa dia sentiasa berasa ‘panas punggung’ apabila Leona semakin ‘menjadi-jadi’ dan sering terpalit dengan kontroversi.

Advertisement

Malah, ini bukan kali pertama pelakon itu meluahkan tentang anaknya itu kerana dilihat sering berkongsi luahan di media sosial.

Dah nasihat tapi tak lut.. makin cakap makin menjadi. Penat!

Mengulas mengenai perkara itu, Penceramah Ummah (PU) Syed berkata anak-anak adalah cerminan hidup ibu bapa namun ujian akan lebih hebat apabila mereka memilih haluan hidup sendiri.

Aank-anak akan tengok gaya hidup ibu bapa dan itu menjadi cerminan mereka, tapi ada juga yang pilih jalan sendiri.

Jelasnya, doa adalah senjata terbaik kerana Allah sentiasa mendengar dan memperkenankan setiap permintaan umat-Nya.

Kalau nasihat tak boleh pakai, berdoalah kepada Allah, Allah memiliki hati setiap manusia dan yakinlah dia akan perkenankan setiap doa hambaNya.

Tambahnya lagi, kita sebagai ibu bapa harus sedar Allah telah menyebut dalam Al-Quran bahawa harta benda dan anak-anak adalah ujian. Apabila mereka tidak mendengar cakap, itu juga merupakan ujian dan Allah tidak akan menguji manusia di luar kemampuan mereka.

Dalam pada itu, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak turut memberi cadangan kepada ibu bapa yang mempunyai masalah sama agar sentiasa mendekati anak-anak mengikut kesesuaian usia mereka.

Bermainlah dengan anak pada usia mereka 1 hingga 7 tahun. Pada usia 8 hingga 14 tahun ajar mereka tentang adab. Kemudia apabila mereka meningkat remaja, jadilah sahabat mereka boleh menceritakan masalah kepada kita.

PU Syed berkata begitu juga untuk anak-anak harus mengikut pesan ibu bapa sampai bila-bila biarpun sudah dewasa kerana ibu bapa yang melahirkan kita di dunia ini. Oleh itu, selagi nasihat itu tidak melanggar hukum agama, anak-anak harus ikut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Makin Cakap Makin Menjadi" - Azhar Sulaiman Dedah Leona 'Tak Makan Saman'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...