Penasihat Petronas : Kabinet Tamatkan Pelantikan Tun Mahathir, Gara-Gara Pelancaran “Deklarasi Rakyat”

Trending

Penasihat Petronas : Kabinet Tamatkan Pelantikan Tun Mahathir, Gara-Gara Pelancaran “Deklarasi Rakyat”

KUALA LUMPUR 04 MARCH 2016. Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mengadakan sidang media di Kelab Persatuan Alumni UM. NSTP/ASYRAF HAMZAH

Kabinet telah bersetuju secara sebulat suara untuk menamatkan pelantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas.
Menerusi kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri, Kabinet hari ini telah membincangkan tindakan mantan Perdana Menteri itu, khususnya dalam melancarkan “Deklarasi Rakyat” bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas.

Advertisement

Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan Kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara.  

Kabinet berpendapat oleh kerana Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi mendukung Kerajaan yang sedia ada, sewajarnya beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan Kerajaan Malaysia,” lapor kenyataan itu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...