Penarafan Satu Bintang Michelin Untuk Restoran Mamak Malaysia Di New York

Trending

Penarafan Satu Bintang Michelin Untuk Restoran Mamak Malaysia Di New York

Tak sampai setahun memulakan perniagaan di bandaraya New York, restoran Mamak Malaysia telah dianugerahkan satu bintang oleh Michelin Guide: satu piawaian antarabangsa untuk makanan yang bagus.


Dimiliki oleh chef Nani Yusof Hughie, seorang bekas wartawan agensi berita nasional Bernama, restoran tersebut menghidangkan menu popular yang sinonim dengan masyarakat India Muslim Pulau Pinang. Ia disenaraikan dalam Michelin Guide bulan lepas.

Nani memberitahu Bernama baru-baru ini:-

Advertisement

Saya terkejut dan berbangga mendapat pengiktirafan itu kerana saya bukan chef profesional, begitu juga dengan pasukan memasak saya. Lagipun, saya baru saja menceburi bidang perniagaan restoran.

Pengusaha restoran itu yang juga penulis bebas mengatakan, mendapat anugerah itu amat bermakna untuk dia dan pasukannya.

Saya sedang membersihkan pejabat di restoran pada 18 Januari bila menemui gugusan surat di atas meja. Saya terkejut bila mendapat surat bertarikh 23 Disember dari Michelin.

Mamak Malaysia menghidangkan variasi masakan India, Melayu dan Cina yang popular di negeri Pulau Pinang.

Kami lebih dikenali kerana nasi kandar udang, nasi kandar daging, nasi kandar sotong, sayur bendi rangup dan dada biri dengan sos rendang.

.

Dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang, Nani berhijrah ke New York pada tahun 2005 dan merupakan pengasas kepasa Mami Penang Cooking Inc, sebuah syarikat berdaftar yang menguruskan Mamak Malaysia, restoran halal sepenuhnya yang pertama di New York.

Restoran itu terletak di 35-20 Farrington Street, Flushing, di bahagian tenggara kawasan pentadbiran Queens. Dalam masa tiga bulan selepas pelancarannya, restoran itu menerima rebiu yang memberangsangkan dari pelbagai jenis media, seperti The New York Times, The New York Magazine, Chopsticks and Marrow dan Chowhound.

Mamak Malaysia telah menarik minat golongan kerabat diraja, kenamaan asing dan selebriti, malah Nani telah berpeluang menyediakan hidangan untuk Putera Abdul Mateen Bolkiah, putera Brunei dan delegasinya sewaktu mereka melawat New York pada bulan November. Menteri Malaysia, ahli parlimen dan selebriti juga adalah antara pelanggan Nani.

Nani, 42, memberitahu yang skil keusahawanan yang dimilikinya telah dipupuk sejak zaman remaja.

Semasa belajar di kolej, saya telah memulakan peniagaan burger jalanan yang masih beroperasi kini, setelah 20 tahun.

Sejak 10 tahun lepas, Nani telah bergelar isteri kepada seorang pakar nutrisi rakyat Amerika yang dilahirkan di Barbados.

Ibu kepada seorang anak lelaki berusia lima tahun dan anak perempuan berusia tiga bulan ini turut memberitahu yang beberapa blog makanan popular seperti Midtown Lunch, Eating in Translation dan Chubby Chinese Girl Eats, telah memberikan rebiu yang bagus untuk Mamak Malaysia tahun lepas.

Laporan asal: The Star Gambar: Yelp

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...