“Penangguhan Perlaksanaan Hukuman Penjara Adalah Perkara Biasa” – Peguam Da’i Syed

Kehidupan

“Penangguhan Perlaksanaan Hukuman Penjara Adalah Perkara Biasa” – Peguam Da’i Syed

Peguam mewakili Da’i Syed yang dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan merogol seorang wanita 5 tahun lalu, Datuk Abu Bakar Isa Ramat memaklumkan prosedur dibebaskan dengan jaminan adalah perkara biasa.

Difahamkan, tarikh sebutan semula pengurusan kes pendakwah bebas itu ditetapkan pada 5 November ini.

Advertisement

Pada jumaat lepas, kami sudah mendapat satu penangguhan perlaksanaan terhadap keputsan mahkamah sesyen. Jadi mahkamah tinggi membenarkan anak guam saya dilepaskan dengan jaminan sementara menunggu pelupusan kes rayuan.

Itu merupakan satu prosedur biasa sebab jika mahkamah sesyen sudah jatuhkan hukuman, pihak peguam boleh memohon mendapatkan penangguhan perlaksanaan.

Namun mahkamah sesyen tidak membenarkan dan memutuskan anak guam saya dihantar ke penjara. Kemudian pada 18 September lalu, peguam dari firma guaman saya memfailakn penangguhan.

Pada 20 September lalu, hakim telah memberikan kelulusan untuk penangguhan perlaksanaan dan Da’i Syed dilepaskan dengan jaminan.

Terdahulu, Syed telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 3 sebatan atas kesalahan merogol setelah mendapati tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dai syed
3 months ago

Dibebaskan Sementara Waktu Dari Penjara, Da'i Syed Kongsi Video Luang Masa Bersama Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : HibGlam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...