Penangan Warung Pak Jabit Dalam Kampong Pisang Bersiri-Siri, Menu Mi Kari Kuah Laksa Kini Tular

Hiburan

Penangan Warung Pak Jabit Dalam Kampong Pisang Bersiri-Siri, Menu Mi Kari Kuah Laksa Kini Tular

Gara-gara penangan drama Kampong Pisang Bersiri-Siri (KPBS) yang telah pun ke udara baru-baru ini, menu ‘istimewa’ warung Pak Jabit kini menjadi bualan ramai apabila dikatakan telah tular malah ada juga yang telah merasai menu tersebut!

Menerusi laman sosial Twitter, pengguna akaun @MselleR mendedahkan bahawa dia telah berkesempatan merasai menu mi kari tapi peniaga tersebut telah tersilap meletakkan kuah laksa dalam hidangan tersebut.

Advertisement

Sama seperti klip video singkat untuk promosi drama KPBS yang memaparkan menu mi kari kuah laksa, ianya ternyata telah mendapat perhatian netizen yang sememangnya mengikuti filem atau drama arahan Mamat Khalid itu.

“Hari tu baru tengok tweet viral kampung pisang mee kari kuah laksa.. hari ini jadi kat aku.. Aku order mee kari sekali dapat mee kari kuah laksa, Ya Allah!! hahaha nak menangis bila makan.”

Jika anda masih tertanya-tanya, babak mi kari kuah laksa itu merupakan aksi bersahaja pelakon sampingan wanita yang telah memesan mi kari tetapi mahukan kuah laksa di warung Pak Jabit.

KPSB menampilkan barisan pelakon hebat komedi daripada filem francais Mamat Khalid yang terdahulu seperti Pak Jabit dan Husin, Kak Limah, Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar serta watak baru seperti Pak Kasim, Pak Din Pest Control, Pak Karim dan Cik Chun.

Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri bersiaran sebanyak 12 episod yang telah bermula pada 7 Disember lalu dan ke udara pada setiap hari Isnin, jam 9.00 malam di saluran Astro Citra dan Citra HD/SD.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...