Anda mesti pernah dengar tentang siri Korea terbaru di Netflix yang bertajuk ‘Squid Game’, kan? Pengaruh yang ada pada siri ini, sehinggakan terbawa-bawa ke dunia realiti tau! Kalau anda belum mempunyai peluang untuk menonton siri ini, mungkin agak sukar bagi anda untuk memahami trend yang dibawa oleh siri ini.
Siri ini dibintangi oleh Park Hae Soo, Wi Haa Joon, HoYeon Jung, Lee Jung Jae dan ramai lagi. Ia mengisahkan tentang individu yang bergelut dengan masalah kewangan ditawarkan untuk bermain dalam satu permainan survival dan pemenang akan mendapat hadiah wang tunai lumayan berjumlah 45.6 Billion Won.
Dalam episod pertama, seorang suit man yang dilakonkan oleh aktor korea yang diminati ramai orang iaitu Gong Yoo, menawarkan pada watak utama siri ini sejumlah wang jika dia memenangi permainan yang dicabarnya iaitu permainan ddakji. Permainan ddakji ini merupakan permainan tradisional di Korea.
Dua lelaki bermain permainan ddakji seperti dalam babak siri ‘Squid Game’ di Stesen MRT Pasar Seni
Baru-baru ini tular di ruangan TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama syazwanevans yang memaparkan dua orang lelaki sedang bermain permainan ddakji seperti dalam babak awal siri ‘Squid Game’.
Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan dua orang lelaki sedang bermain permainan ddakji itu di Stesen MRT Pasar Seni. Salah seorang lelaki itu memakai sut manakala seorang lagi lelaki memakai pakaian kasual bersama jaket varsity.
Namun, apa yang membuatkan ramai penonton yang menonton perkongsian video tersebut adalah apabila kedua-dua lelaki itu dilihat seperti tidak mempunyai bakat langsung untuk bermain permainan tersebut.
Ini adalah kerana, mereka telah bermain permainan tersebut selama sejam tetapi masih lagi tidak menemui pemenang. Ddakji yang dilempar oleh mereka berdua juga dilihat tidak kena pada ddakji pihak lawan dan hanya terkena lantai.
“Sampai ke subuh tak habis”
Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 2.6 juta tontonan, 397 ribu tanda like dan 5.9 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat dua lelaki tersebut bermain permainan itu sehingga ada yang mahu sertain main bersama.
Ramai juga yang berseloroh mengatakan yang mungkin permainan tersebut tidak akan mempunyai pemenang serta tidak akan habis sehingga ke subuh kerana dua lelaki itu dilihat tidak mempunyai skill untuk bermain.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara