Siapa saja yang tidak kenal dengan jenama popular, Christy Ng khususnya di kalangan wanita. Barang-barang yang berkualiti membuatkan jenama ini mampu kekal relevan hingga ke hari ini.
Baru-baru ini, Christy Ng membuat pengumuman bahawa jenama tempatan itu mengadakan jualan gudang, di mana peminat-peminat mampu membeli barangan mereka dengan harga yang sangat rendah!
Susulan pengumuman tersebut, penjualan yang berlangsung selama 3 hari di PJ 51 Industrial Park, Petaling Jaya itu telah meraih sambutan yang hebat, terutamanya daripada kalangan wanita.
Melalui beberapa perkongsiaan individu di TikTok, dapat dilihat biarpun seawal pagi, barisan sudah pun panjang demi mendapatkan barangan jenama tersebut.
Dalam pada masa yang sama, ada juga beberapa netizen mengadu punca beratur panjang adalah disebabkan personal shopper yang hadir lebih awal untuk mendapatkan beg ataupun kasut yang dipesan oleh pembeli.
Untuk makluman, jualan gudang Christy Ng berlangsung hingga hari esok, bermula jam 9 pagi sampai 5 petang. Kalau korang peminat Christy Ng, jom lah lawati sale kaw-kaw ini hari ini ataupun esok!