Hanya memuat naik video mempromosikan kopiah berwarna putih berdurasi tiga saat sahaja, pelakon popular, Nora Danish berjaya menjual kesemuanya (sold out).
Dapat dilihat melalui video yang dimuat naik, Nora, 43, dipercayai melakukan affiliate di platform berkenaan dengan memaparkan dirinya mencium kopiah tersebut.
Siapa beli, sila tag saya. Saya mahu lihat.
Hantaran tersebut meraih perhatian ramai, susulan warganet berasa kagum dengan kehandalan aktres tersebut mempromosikan barang.
Meninjau di ruangan komen, ramai netizen berseloroh mengatakan kopiah yang dijual sudah sold out.
Sekadar info, beberapa hari yang lalu, Nora Danish menjadi perhatian ramai susulan memuat naik foto seorang lelaki berkopiah serta bercermin mata di laman Instagramnya.