Perpecahan kumpulan alternative rock My Chemical Romance (MCR) pada tahun 2013 iaitu kira-kira enam tahun lalu seolah-olah masih tidak dapat diterima sebilangan peminat setianya.
Mereka masih berharap kumpulan kesayangan mereka itu kembali bergabung dan menghasilkan karya terbaharu.
Namun, mungkin impian mereka agar sukar kerana ke semua ahli MCR sudahpun membawa haluan masing-masing. Malah ada yang turut membuat kumpulan muzik mereka sendiri.
Gerald Way selaku vokalis MCR juga sibuk dalam rangka promosi siri yang kini sedang meletup di Netflix, Umbrella Academy.
Selepas MCR berpecah, dia kurang menghasilkan lagu baharu tetapi beralih arah dalam menghasilkan komik pula. Selain Umbrella Academy, dia turut sama menulis untuk siri Doom Patrol.
Kerja belakang tabirnya itu membuatkan dirinya jarang muncul di khayalak ramai. Jadi tidak hairanlah ramai terkejut melihat perubahan wajahnya ketika muncul untuk mempromosikan siri Umbrella Academy.
Kerinduan peminat terhadap kumpulan MCR sedikit terubat dengan kemunculan Gerald walaupun mereka mengharapkan lebih daripada itu iaitu melihat MCR kembali bergabung.
Paling hampir untuk anda mendengar MCR kembali ketika ini adalah menerusi OST Umbrella Academy, Hazy Shade Of Winter nyanyian Gerard Way dengan petikan gitar Ray Toro, gitaris MCR.
Manakala salah seorang pelakon dalam Umbrella Academy, Aidan Gallegher yang berusia 15 tahun merupakan peminat setia MCR. Pada tahun 2017, Aidan pernah menyampaikan lagu MCR berjudul ‘Cancer’ dengan caranya yang tersendiri sehingga menyentuh hati ramai orang.
Tahun lalu, channel MCR di YouTube memuat naik beberapa video ‘never seen before MCR’ yang membuatkan peminat setia mereka teruja memikirkan kemungkinan kumpulan ini akan kembali bergabung. Sehingga kini, masih tiada berita rasmi bila kumpulan ini akan bersatu kembali.