Penampilan Terbaru Curi Perhatian, Ini Yang Enot Amalkan Untuk Turun Berat Badan 105KG Ke 70KG

Hiburan

Penampilan Terbaru Curi Perhatian, Ini Yang Enot Amalkan Untuk Turun Berat Badan 105KG Ke 70KG

Penampilan pelakon dan pelawak Enot menjadi tumpuan ramai selepas dia kelihatan lebih langsing daripada sebelum ini.

Ramai netizen meluahkan rasa kagum terhadap perubahan diri Enot dan turut bertanyakan apakah tips diet yang diamalkan pelakon berkenaan.

Advertisement

Menjawab pertanyaan netizen di media sosial, Enot berkongsi dia berjaya menurunkan berat badan dengan hanya mengamalkan diet selama setahun selain mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat.

Berat badan dari 105kg jadi 70kg.

Enot

Pelawak berusia 47 tahun itu juga memaklumkan dia tidak melakukan prosedur atau menjalani pembedahan untuk memotong usus seperti yang didakwa segelintir pihak.

Ujar Enot, dia tidak boleh menjalani prosedur tersebut kerana merupakan bekas pesakit kanser dan perlu menjaga kesihatannya dengan teliti.

Tak boleh potong usus sebab bekas pesakit kanser.

@enot7812 Indoor activities bowling:kissing_heart: Selain diet Kene ade aktivi sikit tau guys..happy weekday To all of you..Muahhh Jangan lupe KALISTA (bag kuning) @KALISTA HQ @KALISTA HQ #ENOT #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚viral:black_heart:tiktok #2025 #fypmalaysia #alhamdulillah #sihatdancantik #kalista #bersyukur #sihat ♬ suara asli – fazasigli

Rata-rata netizen memuji perubahan Enot dan sesetengah individu berkata menjadikan pelawak itu sebagai inspirasi untuk mereka turut mengamalkan gaya hidup sihat tanpa mengambil jalan pintas.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

enot nafi kurus sebab buat bariatrik
2 months ago

Enot Nafi Kurus Sebab Buat Bariatrik - "Usus Tak Boleh Usik, Tempah Ma*t Kalau Potong"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...