Perkongsian terbaharu penyanyi, Jeslina Hashim, di media sosial miliknya mencuri perhatian ramai apabila tampil berani mengenakan pakaian seksi.
Dalam perkongsian tersebut, Jeslina dilihat mengenakan gaun yang mendedahkan bahagian belakang badannya, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada pengikutnya di media sosial.
Selain berkongsi penampilan, Jeslina turut meluahkan pandangan peribadi mengenai kehidupan dan proses penuaan. Menurutnya, usia bukan penghalang untuk seseorang terus mencabar diri dan menjalani kehidupan dengan penuh keberanian.
“Apabila saya berumur 80 tahun, saya mahu menoleh ke belakang dan berkata saya tidak menua dengan anggun (gracefully), sebaliknya saya menua dengan penuh kenakalan, keberanian, dan kisah-kisah hebat untuk diceritakan.”
Perkongsian itu nyata menarik perhatian orang ramai, dengan kebanyakan warganet dilihat teruja melihat penyanyi tersebut tampil yakin dengan gaya seksi walaupun usianya hampir mencecah 50 tahun.
Bagaimanapun, penampilan sedemikian bukanlah sesuatu yang baharu buat Jeslina kerana sebelum ini beliau pernah tampil dengan imej yang sama, sekali gus membuktikan konsistensinya dalam mengekspresikan diri mengikut caranya sendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
