Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Penampilan Pertama Sebagai Pengacara Melodi, Nabila Huda Dipuji Ramai

Nabila Huda

Buat pertama kali muncul sebagai pengacara baharu bagi program hiburan terkenal iaitu Melodi, pelakon Nabila Huda mendapat pujian orang ramai atas persembahan pengacaraan yang baik.

Advertisement

Bukan sekadar persembahan pengacaraan yang baik, malah dia turut memberikan usaha lebih terhadap penampilannya dengan menggunakan perkhidmatan dari jurusolek dan jurugaya yang terkenal.

Terima kasih semua kerana menonton @meloditv3! Kalau ada tersasul, minta maaf ya. Bagi peluang lah, baru episod pertama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Dengan kemunculan Nabila mengganti pengacara Melodi sebelum ini iaitu Awal Ashaari dan Janna Nick, dia telah mendapat pujian dari orang ramai termasuk rakan selebriti kerana berjaya mengendalikan program itu dengan amat baik walaupun pada hari pertama bersiaran sebagai pengacara tetap.

Advertisement

Nabila Huda

Nabila Huda selaku pengacara baru bagi program hiburan terkenal, Melodi itu merupakan transformasi secara besar-besaran yang dilakukan oleh stesen televisyen Media Prima Berhad termasuk juga program Nona dan Muzik Muzik.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    August 2, 2021 at 8:39 pm

    versatile, menyanyi boleh, berlakon boleh, mengacara pun boleh

  2. anonymous

    August 2, 2021 at 12:21 pm

    no doubt so talented and exotic…very freshhh

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top