Penampilan Pertama Kim Jong Un Sambil Tersenyum Di Khalayak Ramai Redakan Spekulasi Lama

Trending

Penampilan Pertama Kim Jong Un Sambil Tersenyum Di Khalayak Ramai Redakan Spekulasi Lama

Selepas beberapa minggu ‘hilang’ dari pandangan umum, pemerintah Korea Utara Kim Jong Un kembali di khalayak ramai dalam keadaan yang kelihatan sihat. Pelbagai spekulasi tercetus sebelum ini selepas beliau dilaporkan tidak menghadirkan diri dalam satu upacara sambutan rasmi Korea Utara.

Baca: Media Korea Utara Berdiam Diri Tentang Keberadaan Kim Jong Un Cetuskan Pelbagai Spekulasi

Advertisement

Kehilangan Kim Jong Un sebelum ini juga telah membuatkan berita ‘kematian’ nya hangat diperkatakan selepas dia dilaporkan baru sahaja menjalani satu pembedahan. Namun, segala spekulasi kini reda apabila dia akhirnya muncul dalam satu acara perasmian pada 1 Mei yang lalu. Beliau dilihat hadir tanpa sebarang bantuan peralatan seperti tongkat dan mampu berjalan seperti biasa.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kemusykilan mengenai kesahihan gambar dan video yang dikongsikan sama ada ianya berlaku semasa 1 Mei yang lalu mahupun adalah rakaman lama. Ada juga yang mendakwa Kim Jong Un dilihat sedikit kekok ketika berjalan mengesahkan dakwaan pembedahan yang dilaluinya pada 12 April lalu.

Pada 15 April lalu, beliau tidak memunculkan diri dalam upacara sambutan kelahiran Kim Il Sung yang merupakan datuknya yang juga bekas pemerintah Korea Utara. Ketiadaan Kim Jong Un pada upacara rasmi negara itu menimbulkan tanda tanya kerana dia tidak pernah tidak menghadirkan diri di dalam acara seperti itu.

kim jong un

Gambar terkini pada 1 Mei 2020

Salah satu gambar yang dikongsikan menunjukkan kereta golf berwarna hijau pada latar belakang, mirip dengan yang digunakan oleh beliau pada tahun 2014. Pada tahun tersebut, Kim Jong Un dilaporkan ‘hilang’ lebih daripada sebulan namun kemudian muncul di khalayak ramai bersama tongkat selepas menjalani satu pembedahan.

Berita kemunculan semula Kim Jong Un turut disambut oleh Presiden Amerika Syarikat yang gembira melihat rakan pemerintahnya itu dalam keadaan yang baik. Donald Trump sebelum ini memberitahu dia yakin Kim Jong Un dalam keadaan yang sihat dan bukannya seperti yang didakwa oleh media.

Kemunculan semula Kim Jong Un kali ini adalah sempena majlis pembukaan sebuah kilang baja di Sunchon. Media Korea Utara telah berkongsikan gambar beliau memotong riben dan bermesra dengan rakyat telah dirakam oleh agensi kerajaan Korea Utara dan dikongsikan ke seluruh dunia.

Artikel berkaitan: 10 Fakta Menarik Tentang Kim Jong Un Yang Anda Patut Tahu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...