Berkongsi foto dirinya menghadiri Milan Fashion Week di Itali, penampilan selebriti popular Neelofa sekali lagi menjadi perhatian ramai.
Mengenakan busana dengan pemakaian skirt yang sedikit singat sehingga menampakkan kaki, rata-rata netizen berpendapat imej itu sangat tidak sesuai bagi seorang wanita bertudung.
Tidak salah untuk kelihatan unik dan mencuba pelbagai jenis fesyen, tetapi jangan lupa untuk menjaga penampilan sebagai seorang wanita Muslim. Ramai yang berharap selepas ini Neelofa dapat mengubah cara pemakaian beliau pada masa akan datang.
Neelofa bagaimanapun nampaknya sudah kebal dengan kecaman netizen dan sedikit pun tidak ambil pusing dengan kritikan yang dilemparkan.