Penampilan Fattah Amin Di LIMA ’25 Raih Perhatian Netizen – “Tak Nampak Macam Artis, Nampak Macam Real Pilot..”

Hiburan

Penampilan Fattah Amin Di LIMA ’25 Raih Perhatian Netizen – “Tak Nampak Macam Artis, Nampak Macam Real Pilot..”

Pelakon popular, Fattah Amin sekali lagi menjadi bualan ramai selepas dilihat hadir ke Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25).

Menerusi perkongsian di TikTok, Fattah kelihatan dibawa untuk melawat ke tapak pameran yang berada di sana.

Advertisement

Namun, apa yang membuatkan netizen berasa lebih teruja adalah apabila pelakon itu menggayakan sut juruterbang helikopter yang disifatkan lebih segak berbanding juruterbang luar seperti yang tular sebelum ini.

fattah amin di lima 25

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji pelakon itu dengan mengatakan dia kelihatan begitu segak persis seorang juruterbang yang sebenar.

komen tiktok

Malah, ada juga yang mengatakan pelakon itu kelihatan segak seperti Tom Cruise dalam filem Top Gun.

komen tiktok komen tiktok

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

fattah tak tahu fazura berhutang
3 days ago

"Dia Ibu Kepada Anak Saya, Doakan Yang Terbaik" - Fattah Amin Maklum Dia Tak Tahu Menahu Fazura Berhutang RM4.6 Juta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...