Penampilan DJ Era Nabil, Haniff & Ray, Serta Tomok & Amy Mastura, Jom Meriahkan Rumah Terbuka S P Setia!

Branded

Penampilan DJ Era Nabil, Haniff & Ray, Serta Tomok & Amy Mastura, Jom Meriahkan Rumah Terbuka S P Setia!

Setahun sekali Syawal datang lagi,

Menyahut kembali,

Kunjungan berkunjungan, salam-bersalaman,

Membina ikatan

Betul lah apa yang dikatakan oleh penyanyi tersohor Malaysia, Amy Mastura, Syawal kan setahun sekali je. Jadi, pastikan tahun ni anda bina lebih banyak ikatan dengan berkunjung-kunjungan okay?

Cakap tentang kunjung-mengunjungi, tahun ni mesti ramai yang dah ada plan nak buat rumah terbuka kan? Maklumlah, nak kumpul semua orang dalam satu hari tu bukanlah senang. 

Alang-alang tu, kami nak berkongsi satu rumah terbuka yang anda tak patut lepaskan sebab bagi kami, ia adalah ‘Open House of The Year’! Kalau nak tahu, jom kami kongsikan!

Batik Jadi Tumpuan Utama, Rumah Terbuka S P Setia Wajib Ada Dalam List!

Setia Raya Batik, Raya Cantik Open House

Siapa yang selalu datang ke Setia Alam, kami yakin mesti anda pernah berhajat untuk miliki rumah di sana sebab rekaan rumah yang sangat cantik betul tak? Haa, anda tahu tak siapa pemaju untuk rumah-rumah yang lawa tu?

Semestinya hasil pembangunan S P Setia! Orang Setia Alam, tipulah kalau anda tak pernah dengar tentang S P Setia, setiap rumah dan infrastruktur yang dihasilkan semua cantik-cantik kan? 

Untuk tahun ini, S P Setia mengambil kesempatan untuk mengadakan rumah terbuka secara besar-besaran, Setia Raya Batik, Raya Cantik Open House menerusi Sentuhan Syawal, Setia Bersama yang semestinya fokus utama adalah untuk menjalin ikatan antara satu sama lain. 

Lain daripada yang lain, rumah terbuka Setia Raya Batik, Raya Cantik Open House ni bukan saja ada pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh sertai, ada makanan ringan dan minuman juga tau!

Dah nama pun #RayaBatikRayaCantik, mestilah rumah terbuka ni bertemakan batik! Perghh, memang vibe! Jangan lupa pakai batik okay?!

Hilangkan rasa-rasa curiga, duka dan nestapa,

Mari kita menyanyi lagu sha-na-na-na-na-e

Tipulah kalau anda tak tahu lagu ni kan. Haa, antara aktiviti menarik yang anda boleh enjoy semasa rumah terbuka ni berlangsung adalah persembahan daripada selebriti popular tempatan seperti Tomok dan Amy Mastura serta kugiran tempatan, Harmonik Perdana.  Bestnya!

Selain itu, kami jamin rumah terbuka ini adalah rumah terbuka paling meriah yang anda pernah hadiri sebab ia membawa penampilan istimewa penyampai radio Era seperti Nabil, Haniff dan Ray. Confirm anda akan bergelak sakan!

Apa yang membuatkan rumah terbuka ni lagi best adalah ia juga mempunyai Batik Fashion Show yang mana ia adalah catwalk dan pentas peragaan terpanjang di Malaysia yang dihiasi dengan kain Batik tau. Seriuslah?!

Bukan itu saja, ada pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh sertai seperti Bengkel Seni dan Kraft Batik DIY. Kalau bawa anak-anak ni mesti meriah, bukan setakat dapat mengisi masa lapang dengan mereka, malah dapat mengajar mereka tentang kecantikan batik.

Kalau rumah terbuka bertemakan batik, tak lengkaplah kalau tak ada booth-booth yang menjual pakaian batik. Antara jenama terkenal yang turut meriahkan Setia Raya Batik, Raya Cantik Open House adalah Batik Tektura, John Ang dan Inisaya. Tak sabarnya!

Amacam, bestkan rumah terbuka Setia Raya Batik, Raya Cantik Open House ni? Rugi sangat kalau anda tak datang singgah tau. Lagi-lagi mereka ada buat peraduan giveaway bernilai RM6,000! Seriuslah?!

S P Setia Meriahkan Lagi Sambutan Raya Dengan Contest Pantun 4 Kerat Bernilai RM6,000!

Dah nama pun Raya, tak kan lah tak ada duit raya kan? Memandangkan S P Setia buat rumah terbuka secara besar-besaran, hadiah dan duit raya yang mereka nak bagi pun mestilah besar juga jumlahnya! 

Sempena Sentuhan Syawal, Setia Bersama, anda berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan bernilai sehingga RM6,000 dan antara hadiah menanti adalah:

– Apple 10.2inch iPad WiFi 256GB

– Apple Watch Series 9

– Apple AirPods (3rd Gen) dan banyak lagi!

Wow, hadiah-hadiah yang S P Setia tawarkan ni bukan biasa-biasa tau guys! Jadi, kalau nak, kenalah sertai Setia Raya Pantun 4 Kerat Contest menerusi aplikasi Setia on the Go yang boleh dimuat turun di Google Playstore, Apple App Store atau Huawei App Gallery. 

Maklumat tentang rumah terbuka adalah seperti berikut:

Tarkih: 21 April 2024 (Ahad)

Masa: 5 petang hingga 9 malam

Tempat: Oval Lawn, Setia City Park, Setia Alam

Psst, untuk sertai rumah terbuka ni, anda hanya perlu mendaftar kehadiran di laman web rasmi S P Setia www.spsetia.com

Maklumat lanjut tentang hartanah yang ditawarkan, layari laman web rasmi S P Setia, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...