Penyanyi Sissy Iman telah dikritik oleh sesetengah netizen apabila penampilannya pada malam itu kelihatan tidak menarik dan tidak sesuai ketika mengendalikan acara karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke-33 baru-baru ini.
Namun, bapa Sissy Iman, Mohammad Kamil Moustaff pula tampil mempertahankan anaknya itu apabila mengaku dialah individu bertanggungjawab menata rias Sissy pada malam itu.
Menulis panjang di ruangan Instagram miliknya, bapa Sissy meluahkan rasa kesal kerana terdapat mulut-mulut yang mengeluarkan kata-kata kasar hanya kerana busana yang dipakai anaknya itu tidak menarik dan cantik.
View this post on Instagram
Dia dalam pada itu turut meluahkan rasa sedih kerana tiada yang sudi untuk menaja pakaian untuk Sissy sempena majlis pada malam itu.
View this post on Instagram
“Aku seorang bapa yang hanya melakukan tanggungjawab supaya anak aku meraih kejayaan. Aku tetap akan lakukan sehabis baik selagi diperlukan dan selagi kudrat masih ada. Tak ada hamba Allah yang nak sponsor dan benar-benaar dekati pun. Baik busana mahupun kelengkapan dirinya untuk berada di pentas kecil mahupun di tempat gah. Aku bukan jenis yang meminta-minta”
Difahamkan, busana yang digayakan Sissy pada malam itu dijahit dan disiapkan sendiri oleh bapanya itu agar dia tampil sempurna dalam acara beprestij itu.
Mengimbas kembali, Sissy telah bergandingan dengan pelakon Sean Lee dalam mengacarakan acara di karpet merah ABPBH ke-33 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, kelmarin.