Penampilan Dikritik, Awal Ashaari Tutup Ruangan Komen

Hiburan

Penampilan Dikritik, Awal Ashaari Tutup Ruangan Komen

Tidak mahu terus dihujani dengan komen negatif yang mengkritik penampilannya dan isteri Scha Al-Yahya di KLFW 2018, pengacara Awal Ashaari bertindak untuk menutup ruangan komen di Instagramnya yang mengandungi foto-foto ketika menghadiri acara fesyen itu.

Advertisement

Menurut Awal, beliau tidak mahu memberikan ruang kepada sesetengah pihak yang suka dan seronok mengecam orang lain serta menyebarkan kebencian.

Terdahulu, ada segelintir netizen mengkritik fesyen yang digayakan oleh Awal tidak sesuai dengan umurnya sekarang. Malah, cara beliau ‘catwalk’ di pentas peragaan juga tidak menjadi.

Bukan itu sahaja, aksesori ‘tong sampah’ yang digayakan oleh Scha juga mengundang pelbagai reaksi negatif. Mereka dengan biadapnya turut menyamakan perangai pelakon wanita itu seperti ‘sampah’.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.