Penampilannya berbeza daripada sebelum ini, ramai peminat menumpukan perhatian kepada perubahan penyanyi, Syamel.
Badan yang sudah susut, muka yang semakin runcing malah menampakkan ‘jawline’, suami kepada Ernie Zakri itu bagaimanapun menafikan dia membuat pembedahan plastik untuk mengubah wajahnya.
View this post on Instagram
Pelantun lagu Hidup Dalam Mati itu bagaimanapun akui tertarik untuk membuat pembedahan plastik.
Banyak benda saya nak buat juga (pembedahan plastik) tapi ada yang dengki, cuma benda itu tidak betul lah. Benda pertama saya mahu buat, saya akan buat hidung.
Tambah Syamel, dia memang mengenakan sedikit mekap apabila mahu membuat persembahan on stage dan begitu juga mendandan rambut.
Kalau di luar pula saya okay dengan mask atau tak pakai mask sebab tiada apa saya mahu sorokkan. Saya juga tak kisah untuk post muka saya yang dulu dan sekarang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah