Penambahan I-BRIM dalam BR1M 2014

Trending

Penambahan I-BRIM dalam BR1M 2014

bantuan-rakyat-1-malaysia1

Antara penambahbaikan yang diperkenalkan menerusi BR1M 2014 ini ialah Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (IBR1M) bernilai RM50 kepada penerima isi rumah BR1M.

Advertisement

Menurut, pegawai pasukan bajet Kementerian Kewangan, Mohd Hassan Ahmad, insurans itu mempunyai nilai perlindungan minimum RM1,000 bagi kematian biasa dan maksimum RM30,000 sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa pemberian Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BRIM) akan diteruskan selagi adanya kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi yang kukuh.

Beliau berkata pemberian bantuan tersebut juga membuktikan kerajaan sentiasa mengamalkan konsep berkongsi dengan rakyat.

Najib turut berkata Malaysia masih dapat menguruskan ekonomi dengan dasar-dasar yang membawa kepada pengukuhan.

Beliau juga berkata pemberian bantuan terbabit juga sejajar dengan usaha kerajaan untuk merasionalisasikan pemberian subsidi.

BR1M kali ini menampakkan peningkatan dari RM500 dari tahun sebelumnya ke RM700.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan menaikkan bantuan brim kepada RM1,200 setahun, dalam tempoh lima tahun akan datang.

BR1M siri ketiga menyaksikan 7 juta penerima mendapat manfaat dengan peruntukan RM4.5 bilion.

p/s jika ikhlas tolong rakyat biarlah ikhlas jangan jual politik untuk capai matlamat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...