Penambahan Babak Baru Dalam Trailer Terakhir Filem ‘Joker’ Buat Penonton Semakin Bingung

Trending

Penambahan Babak Baru Dalam Trailer Terakhir Filem ‘Joker’ Buat Penonton Semakin Bingung

Trailer terakhir untuk filem Joker telah pun dikeluarkan oleh Warner Bros dimana kita dapat lihat dengan lebih jelas mengenai jalan penceritaannya kali ini. Trailer yang dikeluarkan sebelum ini pada April lalu tidak banyak yang dapat diketahui mengenai filem ini.

Filem Joker diarahkan oleh Todd Phillips dimana penceritaan kali ini tiada apa-apa kaitan dengan Batman. Melalui trailer terakhir ini juga, ada beberapa penambahan babak baru dipertontonkan yang buatkan penonton semakin pening nak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Advertisement

Ibu Arthur kritikal di hospital

babak filem joker
Jika di dalam trailer sebelum ini Arthur dilihat banyak menghabiskan masa bersama ibunya, Mrs. Fleck di rumah. Tiada apa-apa tanda yang menunjukkan ibunya dihospitalkan. Di dalam trailer terakhir ini, sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan yang mendorong Arthur berubah secara drastik.

Kegagalan komedi Arthur

babak dalam filem joker
Ini juga mungkin faktor yang mendorong Arthur untuk memulakan satu revolusi yang menghuru-harakan bandar. Semuanya bermula apabila dia dimalukan dalam siaran televisyen apabila lawaknya dikatakan hambar dan tidak lucu.

Pada mulanya Arthur kelihatan sangat gembira dirinya muncul di dalam televisyen namun semuanya hilang selepas dia dimalukan.

Revolusi badut bermula

babak filem joker
badut di dalam kereta
Di dalam trailer kali ini jelas menunjukkan penunjuk perasaan mengadakan protes dengan memakai topeng badut tetapi tak dapat dipastikan tujuan protes itu diadakan. Mungkin juga ada kaitannya dengan revolusi yang dimulakan Arthur.

joker mengecat wajah warna putih
Filem Joker akan berada di pawagam seluruh dunia bermula 4 Oktober 2019. Baru-baru ini juga dimaklumkan filem ini telah dikelaskan sebagai ‘R-Rated’ dan bukan untuk tontonan penonton berusia 18 tahun ke bawah. Sama-sama kita nantikan dan selamat menonton!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...