Dalam satu sidang media semalam, Tun Mahathir memberitahu akan menamatkan kontrak perjawatan mereka yang dilantik untuk melaksanakan tugas-tugas politik dalam perkhidmatan awam sebelum ini. Ia disambut baik oleh sebahagian besar Netizen yang mendakwa ia bagaikan balasan buat petugas-petugas tersebut yang menerima ganjaran besar sedangkan melakukan tugas untuk parti politik, dan bukannya orang awam.
Beberapa orang yang ditamatkan perkhidmatan mereka dalam nada sinis telah memuat naik gambar mereka diberikan surat penamatan perkhidmatan setelah kerajaan Pakatan Harapan (PH) memulakan pemerintahan. Antaranya:
Bagaimanapun, sebilangan Netizen berpendapat ia sememangnya patut dilakukan oleh kerajaan PH.
Karma. Masa minta kerja guna kabel, kepentingan politik. Kerja tak buat pemalas rasuah menimbun2 ambik. Anak muda semua gigih interview SPA kena reject walaupun qualification cukup baik tapi disebabkan bangsat ni guna kabel dalam kementerian walaupun bodoh dapat kerja.
— KEEM ? (@keemmazni) May 15, 2018
Buat ayat sedih konon nmpk mcm dibuang kerja..
Dh namanya lantikan politik, tukar management, tukar bos.. Ko pun kene keluarlah. Ko masuk pun ikut pintu belakang, bkn ikut tapisan JPA mcm penjawat awam lain
Bnyk lak songeh mamat ni.. pic.twitter.com/5dP5wRrfXN
— Orenji ???? (@OrenjiRenOren) May 15, 2018
tiada yang lebih bagus dilihat melainkan orang yang dapat kerja atas kapasiti politik dan jobscope hanya menjadi pencacai sebar agenda bodoh backup apa yang salah sedangkan gaji dibayar menggunakan wang rakyat DIBUANG KERJA. tiada faedah untuk agama bangsa dan negara
— MO SIP DIJK (@_amirhasif) May 15, 2018
Last year beribu pekerja dalam sektor banking dibuang kerja, anak-anak pemimpin ni tak bising pun. Eat my shoes.
— h0t pie (@itmesher) May 15, 2018
pekerja KONTRAK and PSH or whatever yg under that term diorang sepatutnya dah sedia maklum dan bersiap sedia jika dibuang kerja..sebab tu nama dia kontrak.. Tak payah lah raih simpati..MOKLUUU
— Ahmad Safuan (@anAhmads) May 15, 2018
Alasan yang diberi (tanpa sebarang emosi, tak peduli nak puasa dan nak raya): dia orang tu political appointees.
Penyokong2 kata: Dia orang memang tau kan, masa sign kontrak dulu, kontrak boleh ditamatkan anytime.
Penyokong lain kata: dia orang kerja utk BN je, eloklah tamat. https://t.co/vioPXPPnqd
— Rahman Ariffin ?? (@ManPin) May 16, 2018
Nampaknya Netizen tidak bersimpati dengan mereka. Malah, seorang Netizen berkata ditamatkan kontrak apabila terdapat perubahan pentadbiran bukan satu perkara baru.
Isu kontrak utk org yg kerja dgn menteri ni bukan benda baru. Workers pon mmg dh aware If boss dorg kalah mmg kontrak tamat serta merta. Ni jd isu sebab BN kalah je. Childish la.
— v î z v t v z î v (@ejatkobain) May 16, 2018
amazingnara.com