Pemuda Tiba-Tiba Masuk Ruangan Pelamin JAWI, Zikir Dan Mengaji Dengan Nada Yang Kuat

Kehidupan

Pemuda Tiba-Tiba Masuk Ruangan Pelamin JAWI, Zikir Dan Mengaji Dengan Nada Yang Kuat

Dalam kehidupan seseorang individu itu pasti akan melalui cabaran dan dugaan terutamanya soal hubungan percintaan. Begitu juga yang berlaku terhadap seorang pemuda ini dimana dia secara tiba-tiba masuk ke dalam ruangan nikah di Ibu Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kuala Lumpur.

Menerusi laporan Kosmo, lelaki yang berusia 20-an itu juga terus duduk di kerusi ruangan tersebut dengan tidak memakai kasut dan mengalunkan zikir istigfar serta mengaji dengan kuat.

Advertisement

Hal itu menimbulkan persoalan kepada kakitangan di Bahagaian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga di jabatan berkenaan sebelum mereka mendekati lelaki tersebut.

Maklumat itu juga dikongsi menerusi Facebook dan Twitter jabatan itu dan difahamkan pemuda itu bertindak sedemikian kerana mengalami tekanan perasaan akibat putus cinta.

Advertisement

Salah seorang kakitangan jabatan itu mendekati pemuda berkenaan untuk menenangkannya dan bertanya mengenai tujuannya datang ke tempat itu. Pemuda itu hanya mengangguk dan meneruskan zikirnya.

Setelah ditenangkan oleh kakitangan, dia dibawa keluar oleh anggota polis untuk tindakan selanjutnya.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...