Menghampiri hujung bulan, pasti pasaraya akan penuh kerana ramai yang mula membeli barangan untuk penuhkan stok sebulan kan. Duit pula sudah diasingkan terlebih awal mengikut bajet masing-masing.
Namun lain pula yang terjadi kepada seorang pemuda ini kerana jumlah barangan dapur yang dibeli melebihi bajetnya. Bukan sedikit, tetapi jumlah yang dinyatakan sangat ketara seakan ada sesuatu yang tidak kena. Apa kes ni?
Nak dijadikan cerita, pemuda ini pergi ke pasaraya bersama ibunya untuk menambah keperluan dapur. Selepas membuat pembayaran, dia sangat terkejut kerana jumlahnya mencecah RM900 walhal barangan yang dibeli tidak lah semahal itu.
Pemuda yang dikenali sebagai Faiz Ibrahim ini juga ada berkongsi cerita tersebut di laman Facebooknya baru baru ini.
Lebih mengejutkan apabila biji sagu yang dibeli itu rupanya menjadi punca kerana di charge menjadi RM400. Wuish harga kayangan ke tu..
“Hati-hati ketika membeli barang di Hypermarket. Selalu aku tengok orang kena, sekarang aku pula kena. Aku pergi ***** haritu, lepas dah beli barang semua untuk mak aku, sekali tengok harga total RM 890 macam tu”
“Aku tergamam kejap sebab selalunya paling banyak belanja adalah RM400 lebih je. Sebab aku duduk dengan mak aku, memang beli barang yang tahan sekitar dua tiga minggu. Senang beli terus sebab covid kan”
Menyingkap kejadian itu, cashier pasaraya itu juga memberitahu bahawa pemuda ini beli barang yang banyak menyebabkan harga yang melonjak naik.
“Tapi aku masih sangsi dan bayar dulu, selepas bayar tu aku akan check resit dahulu”
“Lepas periksa resit, rupanya biji sagu yang harga RM 1.40 ni, lepas scan jadi RM400. Ini sagu ayah pin ke? Dasar biji sagu alam sebalik mata, haha!”
Menyedari kesilapan harga barangan tersebut, pemuda itu segera melaporkan kepada bahagian perkhidmatan untuk proses tuntutan semula wang yang dibayar untuk biji sagu tersebut.
“Ni aku puji sebab aku rasa proses aku minta refund tu mudah je”
Ujar pemuda ini lagi, tujuannya membuat perkongsian ini adalah untuk mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil remeh dan amalkan tabiat memeriksa resit selepas melakukan pembelian.
Bukan apa, kadang-kala harga di barang lain, tetapi bila dah imbas, lain pula. Betul tak?
“Biarlah orang nak kata kita ni berkira asalkan kita bayar barang yang kita tak beli atau barang yang harganya lain dari yang kita sangka”
Pastikan korang periksa semula resit tu tau! Yelah, kadang-kadang mungkin ada kesalahan sistem. Kita sebagai pengguna ni kenalah lebih peka ya.