Pemuda Temui Bungkusan Ganjil Bawah Kedai Patin Tempoyak Kakaknya

Trending

Pemuda Temui Bungkusan Ganjil Bawah Kedai Patin Tempoyak Kakaknya

Sifat dengki mendengki sememangnya sudah sinonim dengan perniagaan di kalangan masyarakat Melayu. Yang menghairankan, mereka yang dengki tidak mahu bersaing secara sihat, sebaliknya menggunakan ilmu hitam untuk mengalahkan pesaing dan membuat perniagaan orang lain gulung tikar.

Seorang pengguna Twitter mendedahkan telah menemui satu bungkusan ganjil di bahagian bawah kedai patin tempoyak dan asam pedas milik kakaknya yang menimbulkan rasa curiga.

Advertisement

Tweet ini telah diulang tweet lebih 6,000 kali dan ramai memberi reaksi bahawa yang melakukan perkara ini semestinya individu berbangsa Melayu.

Pengguna Twitter tersebut tidak menafikannya kerana telah pun mengetahui siapa individu tersebut melalui bantuan seorang pengamal perubatan Islam.

Atas nasihat ustaz yang membantu dan kawan-kawan, kakak pengguna Twitter tersebut telah berpindah dan menumpang berniaga di gerai nasi lemak ayahnya di Pandan Jaya dan meminta sesiapa yang singgah ke sana untuk membeli laun pauk yang dijual kakak bagi bagi menaikkan kembali semangat wanita itu.

Sumber memberitahu, ini kali ketiga kedai patin tempoyak asam pedas tersebut diganggu masalah ‘bungkusan misteri’.

Kakaknya menumpang beniaga di gerai Umie Corner Nasi Lemak Kukus di Pandan Jaya ini buat sementara, sambil menanti pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk mencadangkan tapak perniagaan baru. Lauk pauk masakan kakak pemuda itu mempunyai pelanggan setia dan baru tiga hari dijual di sana.

Apa pun, siapa saja yang melakukanya patut berhenti dan mengingati perintah Allah supaya tidak meminta bantuan syaitan. Iblis pernah berjanji akan menghiasi kebatilan sehingga umat manusia terjerumus ke dalamnya.

Bersama kita berdoa agar kita semua kekal berada di jalan yang lurus. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...