Kalau sudah nekad dengan sesuatu pastinya kita akan bersungguh-sungguh untuk memastikan impian tercapai. Begitulah kisahnya dengan seorang jejaka ini yang sanggup berbasikal daripada Bangkok, Thailand ke Melaka dengan hanya seorang diri.
Yang menariknya, lelaki yang dikenali sebagai Chap ini di dalam perjalanan pulang setelah tiga bulan berada di Jerman dan dia juga turut berbasikal di seluruh Jerman sepanjang berada di sana.
Kisah yang dikongsikan oleh Sham Hussain di laman Facebook nya ini menceritakan bagaimana dia kebetulan terjumpa dengan Chap yang singgah di gerainya untuk membeli minuman.
Kebetulan dia singgah di kedai tadi aku baru sudah makan laksa (post sebelum ni). Aku pun ajak la dia sembang. Dia cerita, dah 3 tahun dia plan dan simpan duit nak travel kayuh basikal di German ni. Dia kerja cafe biasa je di Melaka, duit gaji dia simpan sebab nak buat benda ni. Fuhh, memang hebat anak muda ni, berani dan semangat.
Sepanjang dia bekerja di cafe tersebut memang ramai pelancong yang datang ke cafe terutamanya dari Jerman. Bermula daripada situ lah dia berkawan dengan mereka dan berminat untuk ke Jerman.
“Jadi masa dia travel ke German tu, dia jumpa balik kawan-kawan yang dia kenal di cafe tu. Dia cakap, orang German memang baik-baik. Ada yang bagi dia tumpang bermalam masa dia kat sana.”
Setelah tiga bulan berada di Jerman, dia kemudian bercadang untuk pulang semula ke tanah air. Namun disebabkan harga tiket penerbangan yang terlalu mahal dia memilih untuk membeli tiket ke Bangkok kerana lebih murah (sekali tiket kargo untuk basikal).

1. Nekad
Kalau nak buat sesuatu biar sampai jadi. Alhamdulillah, apa yang dia nak buat 3 tahun lepas sudah terlaksana.
2. Halangan.
Halangan utama ialah keizinan keluarga. Tapi selepas dia tunjuk kesungguhan dan jelaskan segala perancangan dan tindakan apa yang dia perlu buat, dari halangan, keluarga dia sokong 100% impian dia.
3. Ilmu.
Tidak dinafikan, dia cakap memang mudah cakap nak ke sana ke sini nak buat itu ini, tapi ilmu asas wajib kena ambil tahu. Dalam kes dia, nak travel so dia belajar dan ambil tahu ilmu traveling dan pasal ilmu culture dan ilmu berkaitan.
4. Passion.
Dia cakap, asalnya nak plan nak pergi ramai, tapi semua tak jadi last minute kecuali dia. Dia bagitau, simple je, bila kita buat sesuatu perkara tanpa passion, kekuatan tu macam takda, akan mudah dilemahkan dan melemahkan.
Bukan semua orang berani nak travel sorang macam ni. Lagi-lagi ke luar negara dan naik basikal saja pula tu. Memang lain daripada yang lain. Apa-apa pun Chap, anda memang luar biasa.
Sumber: Sham Hussain