Pemuda Kongsi Pengalaman Tumpangkan Warga Emas Balik Ke Rumah

Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Tumpangkan  Warga Emas Balik Ke Rumah

Seorang pengguna Facebook bernama Jamalee Bashah telah berkongsi pengalamannya menghantar seorang wanita warga emas berbangsa cina puang ke rumah dengan menggunakan kereta pacuan empat roda.

tolongnenek

Advertisement

Saya rasa saya memang berjodoh dengan nenek ini.

Ini Aunty Wong.

Saya pernah tulis mengenai beliau awal tahun ni. Masa pertama kali berjumpa, Aunty Wong sedang kesesakan nafas di kaki lima.

Kebetulan saya juga ada asma. Saya bagi Aunty Wong pakai inhaler saya dan kemudian hantar beliau ke farmasi.

Kali kedua masa tu tengah makan. Jemput Aunty, beliau tak mau. Beliau cuma nak bungkus.

Pagi ini lagi sekali jumpa beliau.

Aunty Wong nak balik rumah tapi bas tak ada dan beliau tak cukup wang untuk naik teksi. Saya tawar diri untuk hantar balik tapi masalahnya saya bawak 4WD. Tinggi. Beliau pulak kaki dah tak kuat sebab pinggul masuk besi.

Saya minta kebenaran untuk dukung dan naikkan. Beliau bagi. Taklah berat mana pun orang tua ni.

Ini pertama kali hantar Aunty Wong balik.

Ya Allah jauhnya rumah dia.

Ermm.. taklah jauh mana sebenarnya, dalam 2 km saja. Tapi untuk seorang tua yang bertongkat dan ke mana-mana hanya berjalan kaki, 2 km ni macam gunung tahu.

Saya kongsi cerita ini nak mengajak rakan-rakan untuk sentiasa ringankan mulut bertanya jika ada ternampak mereka yang memerlukan..

Kita akan tahu dari bahasa tubuh dan riak wajah mereka. Terutamanya mata mereka.

Kita hidup dalam komuniti.

Dan komuniti adalah keluarga kita.

Sikap dan tindakan Jamalee ini wajar disebarkan. Seharusnya dalam satu komuniti kita tolong-menolong antara satu sama lain, terutamanya pemilik kenderaan terhadap pejalan kaki. Maklumlah, ada yang begitu pentingkan diri sehingga memandu di selekoh dengan laju sehingga memercikkan air pada orang lain. Tolong-menolong tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama kerana kita hidup dalam satu komuniti, tak gitu?

Sumber: Jamalee Bashah – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.