Pemuda Jumpa Cicak Dalam Tandas Gelabah Cari Jalan Keluar

Trending

Pemuda Jumpa Cicak Dalam Tandas Gelabah Cari Jalan Keluar

Perasaan takut atau geli terhadap sesuatu benda adalah satu perkara yang normal bagi setiap individu. Ada orang yang takut kepada binatang reptilia seperti cicak dan katak, ada juga yang takut kepada serangga seperti lipas dan kumbang.

Tidak dinafikan, setiap orang pastinya mempunyai rasa takut atau geli terhadap sesuatu benda ini. Lagi-lagi kalau benda tersebut muncul depan mata, sudah pasti pelbagai aksi yang bakal keluar selepas itu.

Advertisement

3 years ago

Kelakar, Lelaki Jerit & Lompat Kerana Geli Dengan Lipas

Cicak merupakan satu binatang reptilia yang sering kita lihat di sekeliling kita, lebih-lebih lagi dalam kawasan rumah. Kebiasaannya, ia merupakan binatang yang boleh dikatakan seperti harmless namun tidak bagi orang yang takut kepadanya.

Pemuda gelabah mahu keluar apabila terperangkap di dalam tandas bersama cicak tokek

Baru-baru ini tular di laman media sosial TikTok, sebuah perkongsian video oleh seorang pengguna yang memaparkan kejadian menimpa seorang pemuda ketika sedang berada di dalam tandas.

Dalam perkongsian video tersebut, pemuda itu berada di dalam tandas sambil memegang telefonnya dan dilihat sangat gelabah seolah-olah terperangkap di dalam tandas itu.

Rupa-rupanya, perkara yang menyebabkan dia menjadi gelabah sebegitu adalah kerana dia ternampak seekor cicak tokek yang besar sedang melekat di cermin dalam tandas tersebut.

Disebabkan itu, pemuda tersebut dilihat sedaya upaya untuk keluar dengan membuka pintu menggunakan penyapu supaya cicak tokek tersebut tidak jatuh ke lantai dan menyerangnya.

“Untung bilik air ada penyapu, kalau tidak memang berkurung dalam tu”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 15.9 juta tontonan, 1.6 juta tanda like dan 39.4 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terkejut melihat cicak tokek tersebut kerana ianya sangat besar.

Pemuda takut cicak

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut- via TikTok

 

Pemuda takut cicak

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut- via TikTok

Ramai juga yang berpendapat bahawa mereka juga akan melakukan perkara sedemikian jika melalui situasi yang sama dengan pemuda tersebut.

Tidak kurang juga yang berseloroh mengatakan mungkin pemuda tersebut berlari dalam keadaan bogel kerana sangat takut dengan cicak tokek itu.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...