Pemuda Grab Food Pecahkan Tingkap Demi Selamatkan Seorang Pak Cik

Kehidupan

Pemuda Grab Food Pecahkan Tingkap Demi Selamatkan Seorang Pak Cik

Walaupun sedang melakukan kerja, seorang penghantar makanan sanggup berhenti sebentar demi menyelamatkan nyawa seorang pemandu yang terperangkap di dalam lori yang terbalik di Singapura, Sabtu lalu.

Kisah rider Grabfood ini tular di media sosial minggu lepas kerana berjaya menarik seorang warga emas lelaki dari dalam lori sebelum ambulans tiba.

Menurut The Straits Times Singapore, lelaki dalam lingkungan 70 tahun itu terperangkap di dalam sebuah van yang terbalik kerana cuba mengelak daripada melanggar lori sampah yang membuat pusingan secara tiba-tiba di tengah jalan raya.

Advertisement

van terbalik kerana elak lori sampah

Penghantar makanan itu dikenal pasti sebagai Muhammad Riau Alfian terus mencampakkan telefon bimbit dan beg makanan ke tepi jalan lalu bergegas sejurus kejadian berlaku.

Pemuda Grab Food dikenali sebagai Muhammad Riau Alfian

Ketika kejadian pemuda ini berkali-kali cuba memecahkan tingkap van tersebut untuk menyelamatkan pemandu.

Tetapi seorang buruh binaan tiba di tempat kejadian dan berikan kepada penghantar makanan itu keras agar tingkap itu dapat dipecahkan.

berjaya selamatkan pak cik tersekat dalam van

Kisah penghantar makanan ini telah menerima banyak reaksi positif daripada pengguna media sosial dan mereka semua memuji sikap perkerja Grab Food ini diatas tindakan murni beliau.

pemuda ini berusia 28 tahun
Semoga anak muda ini diberkati hidupnya pada masa hadapan.

pemuda Grab Food ini selamatkan pak cik tersebut.
Sumber: News Straits Time Singapore

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...