Seperti yang anda sedia maklum, pemain bola sepak Malaysia, Faiz Subri, telah memenangi Anugerah Puskas dalam majlis Anugerah Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2016 di Zurich, Switzerland, awal pagi semalam. Faiz merupakan pemain Asia pertama menerima anugerah itu dan kemenangan beliau turut diberi publisiti meluas oleh media antarabangsa termasuk Daily Mail dan ESPN.
Faiz telah menerima anugerah tersebut di Zurich, Switzerland dan telah memberikan ucapan dalam bahasa Inggeris semasa menerima anugerah tersebut kerana gol cantik yang dijaringkannya melalui sepakan percuma dalam perlawanan antara Pulau Pinang menentang Pahang pada 16 Februari tahun lepas di bawah Liga Super.
Pengusaan bahasa Inggeris Faiz tidak begitu baik tetapi memandangkan beliau ialah seorang yang menghabiskan masa berlatih dan bermain bola sepak ia sesuatu yang dianggap normal.
Namun begitu, seorang pemuda di Twitter menggunakan tweethandle @amirfauzii telah mengkritik penguasaan bahasa Inggeris Faiz Subri dengan lantang dan mendakwa ia merupakan sebab pemain Malaysia tidak dipanggil bermain bolasepak di luar negara. Dalam satu siri tweet, Amir memberitahu ini ialah satu masalah dan akan berterusan selagi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak mengadakan ‘kelas’ untuk pemain.
Kenyataan Amir mula dikecam Netizen yang menganggap pendapat Amir itu mengarut. Reaksi kepada tweets Amir Fauzii membuat kenyataannya itu menjadi viral. Antara reaksi netizen ialah:
Dia tak reti cakap English pun dah sampai Zurich. Kau English berhabuk pun, pergi Zouk je pun.
— buyul (@nuyulhuda) January 10, 2017
I think it’s an unwritten rule that if you’re superbly talented at something, English fluency is not that big a deal. But that’s just me.
— driz (@izyanizulkifli) January 10, 2017
Faiz Subri speaks better English than Lionel Messi so shut the fuck up already?
— Ashraf (@AshrafAriff) January 10, 2017
@amirfauzii his English may not be fluent, but he received a massive award. Your English is not fluent, and you just bitch on Twitter.
— Safura (@lilywhitefreak) January 10, 2017
Woi bodoh. Dia focus masa dia main bola mmglah dia terpaksa sacrifice English. Furthermore not his native tongue
Opportunity cost, faham?
— Grand Moff Kozi (@Kozilekk) January 10, 2017
Faiz Subri might have got a C in English but an A++ in Physics
— Haikal Idris (@haikalclassic) January 10, 2017
Seorang pengguna Twitter juga mengutarakan mengenai komen seorang lelaki kulit putih yang menyatakan gol yang dijaringkan Faiz menakjubkan walaupun penguasaan bahasa Inggerisnya tidak begitu baik.
@harvinthskin @amirfauzii Some people praised him for his effort to speak English. Meanwhile, some Malaysians…benda tu gk nak condem. Wtf pic.twitter.com/f0yBPzwOIb
— Hazman Husni (@hazman92_) January 10, 2017
Dan apa yang lebih menarik, penggunaan tatabahasa Inggeris oleh Amir Fauzii juga tidak begitu baik dan ia diperbetulkan oleh seorang pengguna Twitter.
Please correct these first before commenting on other people’s grammar. You are welcome. @amirfauzii pic.twitter.com/5rzQZnB1cl
— ????? (@ahmdpaan) January 10, 2017
Mungkin kerana tidak tahan dengan kecaman bertubi-tubi yang diterima, Amir Fauzii akhirnya terus memadam akaun Twitternya.
Kisah ini menjadi suatu pengajaran kepada kita semua. Sekiranya kita hendak mengatakan sesuatu yang negatif mengenai seseorang yang telah mengharumkan nama Malaysia dan sedang kita raikan kejayaanya, befikirlah dengan mendalam. Tak pasal-pasal kena carut dengan Netizen nanti. –amazingnara.com
EKSA
January 12, 2017 at 8:20 am
Belajaq tinggi apa sumbangan pun tadak. Cakap bahasa inggeris pandai akhlak tak ada rugi Malaysia memiliki rakyat seperti kamu. Tak ada satu pun yang menjadi kebanggaan melainkan sikap anda sendiri.
Mike Melayu
January 11, 2017 at 5:53 pm
Haha English dia pun xbetul.
Bravo to Wira kita sbb berani mencuba and people over there didnt even expect him to be an english speaking expert sbb yang kat sana tu rambut je blonde, hidung je mancung tapi bukan english speaking juga. French lagi ramai xtau english and juara2 dunia dr China.
Org kedah
January 11, 2017 at 5:31 pm
Lantang hang mengata faiz subri..lantang pla org hantam hang..hang lari sembunyi tang mana tikuih oi…hang kta org negeqi aku no mai ney aku nak putaq2 pla hang…
Jeebus
January 11, 2017 at 4:26 pm
Hahaha.. Delete akaun twitter? Mana telor hang amir? Satu spesies dengan Cocomix
Amir fauzi bodoh
January 11, 2017 at 2:54 pm
English ko pun berterabur nak kutuk Faiz konon. Messi dengan Ronaldo Brazil tu bkn tahu ckp english pun taraf dunia apa..pegi mam la amir fauzii