Semalam tular foto lelaki berusia 22 tahun di media sosial yang dilaporkan tidak dapat dihubungi oleh ahli keluarganya.
Menurut kakaknya, kali terakhir adiknya bernama Muhammad Daanish itu dihubungi keluarga adalah pada jam 5.30 petang dan memaklumkan sedang berjalan menuju MRT Maluri untuk pulang ke rumah (stesen MRT Kepong).
Rupanya ditangkap AADK
Bagaimanapun, wanita bernama Syaida itu mendedahkan adiknya telah dapat dihubungi dan dijumpai pada pagi ini namun apa yang diberitahu oleh pemuda tersebut mengejutkan pihak keluarga.
Menurut Daanish, ketika sedang berjalan menuju stesen MRT Maluri itu dia telah didatangi oleh dua individu, dipercayai merupakan pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Mereka hanya memperkenalkan diri semasa sedang menggari adik saya. Adik saya panik dan takut sebab dia ingat pencuri ke apa tiba-tiba datang dekat dia. Adik saya cedera di tangan ketika bergelut dan dimasukkan ke dalam van.
Tak bagi hubungi keluarga
Daanish kemudian dibawa ke lokap AADK di Cheras dan ditempatkan di dalam satu sel bersama-sama dengan penagih dadah yang telah ditangkap.
Bagaimanapun, dakwa Daanish pihak AADK tidak membenarkannya untuk menghubungi ahli keluarga untuk memaklumkan keberadaannya.
Pagi ini, bila air kencing negatif mereka lepaskan adik saya dan 4 lagi individu yang mereka tangkap secara rawak. Mereka beri alasan tangkap sebab adik saya nampak mencurigakan.
Adik saya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja tiba-tiba didatangi dua individu, dipercayai pegawai AADK meminta dia mengeluarkan IC. Mind you, they do not introduce themselves, berpakaian pereman.
— Syaida Ilmuna 🇲🇾 (@syaidailmuna) June 12, 2024
Tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak namun wanita bernama Syaida itu mahukan penjelasan mengapa adiknya tidak dibenarkan untuk menghubungi ahli keluarga selepas ditahan.
Perbuatan ini bagi saya sangatlah kejam sebab memberi kerisauanpada keluarga. Sebaiknya beri kelonggaran untuk maklumkan. Keluarga tak tahu nak cari siapa dan di mana.