Rakyat Malaysia sememangnya pemurah dan suka menghulurkan derma kepada yang memerlukan untuk tujuan perubatan terutamanya.
Buktinya, kita berjaya kumpul dana untuk rawatan seorang kanak-kanak yang dipanggil adik Naail di mana jumlah wang yang diperlukan adalah sebanyak RM9 juta.
Tetapi dalam pada sifat pemurah rakyat Malaysia ini, ada jugalah pihak yang mengambil kesempatan dan tergamak scam orang ramai untuk mendapat easy money.
Baru-baru ini, seorang pemuda didakwa menipu orang ramai dan menggunakan kuasa viral untuk meminta sumbangan wang ringgit.
Apabila sudah mendapat RM55,000 pemuda itu dikatakan enggan memberikan resit bukti wang tersebut telah digunakan. Malah, satu resit yang dihantar pula dikatakan telah disunting terlebih dahulu.
Pemuda itu didakwa mencurigakan bukan sahaja kerana sebab tidak mahu tunjuk bukti tetapi juga kerana dia kemudian menukar profil media sosial kepada private serta bersikap kurang ajar.
Namun, selepas tular tentang dakwaan tersebut, seorang individu tampil menjelaskan hal sebenar dan dia sendiri telah pun berjumpa dengan pemuda bernama Qarl itu.
Jelasnya, berita tentang kemalangan yang dikongsikan pemuda tersebut adalah benar dan dia telah kehilangan adik yang meninggal dunia disebabkan insiden itu.
Resit yang dikatakan telah disunting itu pula sebenarnya adalah original dan pihak supplier collar neck support yang dibelikan untuk adiknya telah memberikan penjelasan.
Dalam pada itu, ibunya pula telah dibawa ke hospital swasta di Ipoh dan berada di dalam unit rawatan rapi (ICU) namun tidak dinyatakan mengapa berlakunya perpindahan tersebut.
Bukan itu sahaja, tambahnya jumlah sumbangan diterima sebenarnya bukanlah RM55,000 seperti yang ditularkan tetapi ia jumlah yang ditambah dengan wang didermakan oleh ibu saudaranya sebanyak RM30,000.