Pemuda Dari Florida Pecah Rekod Dunia Tonton Avengers: Endgame 110 kali

Trending

Pemuda Dari Florida Pecah Rekod Dunia Tonton Avengers: Endgame 110 kali

Ramai di antara kita adalah peminat tegar filem Avengers: Endgame. Rata-rata dari kita yang meminati filem ini akan menonton lebih dari 2 kali kerana terlalu fanatik dan ingin mendalami betul-betul filem tersebut dengan penuh emosi.

Begitu juga dengan seorang pemuda dari Florida, Amerika Syarikat yang juga salah seorang peminat tegar Marvel membuktikan dia adalah salah seorang penyumbang terhadap kejayaan besar filem Avengers: Endgame apabila menontonnya sebanyak 110 kali.

Advertisement

Dipetik dari Twitternya, Agustin Alanis telah mengkongsikan dalam satu kiriman yang dimuatnaik melalui akaun Twitternya pada Isnin lepas.

Saya bekerja selama 10 jam, menonton Endgame sebanyak dua kali pada hari biasa yang mengambil masa sekurang-kurangnya enam jam.

Jumlah itu telah mengatasi rekod dunia yang dipegang oleh Anthony Mitchell yang telah menonton filem Avengers: Infinity Wars sebanyak 103 kali sebelum ini.

Ketika Mitchell mencipta rekod tersebut, beliau telah berjaya mencuri perhatian pengarah Avengers, Anthony J. Russo dan Joseph Vencent Russo atau lebih dikenali sebagai Russo Brothers.

Mereka berdua telah menjemput Mitchell untuk melihat sendiri suasana pengambaran filem Avengers: Endgame serta menonton premier bagi filem itu pada April. Beliau turut dihadiahkan 50 keping tiket Endgame sempena dengan itu.

Filem terbaru dari Marvel Studios itu berjaya meraih kutipan sebanyak AS$2.732 bilion (RM11.378 bilion) setakat ini.

Ia meletakkan kedudukannya semakin hampir untuk mengalahkan filem Avatar yang mendapat kutipan RM2.788 bilion sebelum dinobatkan sebagai filem yang mencatat rekod kutipan paling tinggi.

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...