Pemuda Cipta Lampu Sendiri Selepas Taufan Hagibis Dengan Botol Air, Susu, Dan Telefon

Teknologi

Pemuda Cipta Lampu Sendiri Selepas Taufan Hagibis Dengan Botol Air, Susu, Dan Telefon

Lebih tujuh juta penduduk diarah berpindah ketika Taufan Hagibis yang membawa hujan terlampau lebat dan angin kencang melanda Jepun.

Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tahap tertinggi di 12 rantau termasuk Tokyo berikutan hujan lebat mencapai 30 inci hanya berlaku sekali dalam puluhan tahun.

Taufan Hagibis turut menyebabkan lebih 370,000 kediaman terputus bekalan elektrik.

Advertisement

Kerana terputus bekalan elekterik, seorang pengguna Twitter berkongsi jalan penyelesaiaan mudah untuk mendapatkan sumber cahaya kecemasan di rumah.


Apa yang diperlukan hanya botol air, sedikit susu dan telefon pintar.

Pada mulanya beliau menggunakan sebuah botol yang diisi dengan air, tetapi pencahayaan tidak cukup terang.
Pencahayaan tak cukup terang

Tetapi, selepas menambah sedikit susu ke dalam botol tersebut, pencahayaan daripada botol tersebut lebih terang, katanya.
Penchayaan lebih terang

Jika anda mencampurkan sedikit susu ke dalam air, pencahayaan lampunya akan berbeza. Anda boleh mencuba cara ini jika terputus bekalan elektrik akibat Typhoon.

Fenomena ini dikenali sebagai “Tyndall” menurut ThoughtCo. Idea yang dikongsikan ini sangat berguna untuk semua, terutama rakyat Malaysia.

Teknik pencahayaan yang digunakan

Selepas ini bolehlah anda menggunakan idea ini jika tiada bekalan elektrik di rumah.

Sumber: Twitter, Tyndall

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...