Pemuda Beli 10,000 Basikal oBike, Beri Pada Kanak-Kanak Miskin Myanmar

Kehidupan

Pemuda Beli 10,000 Basikal oBike, Beri Pada Kanak-Kanak Miskin Myanmar

Tahukah anda basikal sewa OBike di sekitar bandar raya Kuala Lumpur telah banyak dirosakkan dan hilang akibat perangai masyarakat kita yang tidak menghargai kemudahan awam yang disediakan.

Perkhidmatan perkongsian basikal tanpa stesen, OBike musnah akibat vandalisme segelintir masyarakat di Malaysia. Kini ia telah menjadi sinar baharu buat kanak-kanak di Myanmar.

Advertisement

Pelik juga masyarakat di Malaysia, pengakutan ini disediakan untuk menggalakkan mereka menggunakan pengakutan awam bagi mengurangkan kenderaan bermotor di jalan raya.

Seorang pelabur teknologi, Mike Than Tun Win membeli 10,000 basikal daripada syarikat oBike untuk dibaik pulih. Ini bertujuan untuk diberikan secara percuma kepada golongan kanak-kanak miskin di Myanmar, kerana mahu memperbaiki taraf kehidupan mereka dan memudahkan pelajar-pelajar ini mendapat akses kepada pendidikan.

Sebelum kanak-kanak ini mendapat kemudahan basikal, ada diantara mereka terpaksa berjalan kaki sejauh 10 kilometer sehari selama 2 jam untuk ke sekolah.

Mike membeli sebuah basikal dengan harga AS$35 (RM144), termasuk kos penghantaran serta pengedaran.

Jumlah keseluruhan pembelian dibayar oleh beliau dan separuh lagi pula ditanggung oleh penaja. Program amal ini diterajui sendiri oleh Mike diberi nama Lesswalk itu mula memberikan basikal di bandar Yangon sebelum ke rantau Mandalay dan Sagaing.

Matlamat Lesswalk adalah untuk kekalkan momentum memberikan 100,000 basikal dalam tempoh 5 tahun di Myanmar.

Menurut seorang kanak-kanak penerima bantuan, Thae Su Wai, dia tidak perlu lagi berjalan kaki sejauh 10 kilometer selama 2 jam untuk ke sekolah.


Dianggarkan 55% kanak-kanak di Myanmar hidup dalam kepompong kemiskinan dan hampir separuh daripada remaja berusia 17 tahun menginjak masuk ke alam dewasa tanpa mendapat pendidikan.

Bersyukurnya, masih ada lagi orang yang membantu golongan kanak-kanak miskin mendapatkan pendidikan yang sewajarnya. Tanpa pendidikan, bagaimana mereka akan berjaya menempuh kehidupan satu hari nanti.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...