Pemuda 23 Tahun Tak Tolak Jika Jodoh Dengan Datuk Seri Vida

Pemuda 23 Tahun Tak Tolak Jika Jodoh Dengan Datuk Seri Vida

Seorang pemuda berusia 23 tahun yang viral kerana dikatakan ‘anak ikan’ jutawan kosmetik Datuk Seri Vida mengaku serasi bersama wanita itu dan tidak menolak jika ditakdirkan Vida ialah jodohnya. Pemuda itu bernama Ahmad Iqbal Zulkefli, berasal dari Pasir Mas, Kelantan dan bertugas sebagai jurugambar serta pentadbir laman sosial Vida.

Ahmad Iqbal memberitahu Harian Metro:

Advertisement

SAYA akui, kami serasi bersama dan sekiranya dia jodoh saya, saya terima kerana itu ketentuan Allah SWT. Sekiranya tidak, saya akan teruskan bekerja sebagai Pegawai Media dan Pembantu Peribadinya.

Saya agak sedih apabila orang memperkatakan saya ini anak ikannya, sedangkan saya bekerja keras setiap hari dan boleh dikatakan setiap hari saya hanya dapat tidur selepas waktu subuh.

Saya tidak pelik sekiranya timbul kata-kata seperti saya ini bakal suami DSV kerana kami memang selesa bersama. Dia senang terima teguran mengenai pelbagai perkara termasuklah fesyen dan penampilannya.

Menjadi kakitangan rasmi untuk Vida sejak Jun lepas, Ahmad Iqbal berpendapat perbezaan usia bukan penghalang jika hati sudah saling menyukai.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnhya.


Pada saya, perbezaan usia antara saya dan DSV (22 tahun) tidak menjadi penghalang kerana yang penting adalah hati. Rupa pun bukan kerana ia hanya sementara. Dia mempunyai wawasan hidup yang jelas.

Secara kebetulan, cita-cita dan impiannya sama dengan saya. Suka memberi, dia selalu mengajar saya untuk bersedekah. Dia jadi diri sendiri walau di mana pun berada.

Seorang wanita yang setia, penyayang terhadap keluarganya dan sanggup berkorban demi lihat orang lain senang.

Dia juga mudah menerima nasihat kerana menganggap saya lebih dewasa. Lagipun, saya lihat dia memerlukan seseorang yang boleh menjaganya. Saya tak tahu jika ada orang lain akan jaga dia sama macam saya.

Ahmad Iqbal ialah lulusan Diploma Penulisan Kreatif daripada Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan dia menafikan dia hanya menumpang populariti DSV ataupun sekadar cuba mengambil kesempatan terhadap kemewahan wanita itu:

Saya hanya menjalankan amanah yang diberikan kepada saya dan terkejut juga tiba-tiba diri saya tular di media sosial sedangkan saya jarang memuat naik aktiviti saya bersama DSV.

Saya mahukan hubungan ini kekal lama dan bukan kebahagian yang bergantung kepada duit. Susah dia, orang tak nampak kerana hari-hari dia berusaha untuk naikkan jualan tetapi orang tak faham dan hanya mencaci. Jadi tak seronok bekerja.

Bagi Iqbal, segalanya diserahkan kepada takdir dan dia tidak menolak untuk berkahwin jika Vida ialah jodohnya, bukan sekadar jadi anak ikan:

Seandainya saya ada hati dan perasaan dengannya, biarlah, kerana pada saya itu tidak boleh dipaksa atau dinafikan. Apa yang penting saya tahu dengan amanah yang diberikan buat masa ini termasuk membantu dalam perniagaannya.

Kalau hati betul-betul suka kami akan bincang untuk berkahwin, bukan jadi anak ikan kerana berkahwin itu halal, tetapi saya tetap kena berfikir panjang mengenai tohmahan yang akan diberikan.

Kisah kemesraan Vida dengan pemuda itu menjadi viral sejak beberapa hari lepas apabila ada pihak mempersoalkan siapakah dia yang sering dilihat bergambar mesra dengan Vida. Sebilangan Netizen juga menganggap Ahmad Iqbal seorang yang kacak dan tertanya jika mereka bercinta sedangkan perbezaan usia yang wujud ialah 22 tahun jaraknya. Tapi kalau dah suka, ada apa hal dengan umur ya tak, bukan tak baligh pun. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...