Pemuda 21 Tahun Hidap Kencing Manis Lepas Sebulan Makan Buah Tiap Malam

Trending

Pemuda 21 Tahun Hidap Kencing Manis Lepas Sebulan Makan Buah Tiap Malam

Kadangkala selepas bekerja seharian, kita jadi malas masak untuk makan malam. Cara paling mudah ialah makan buah untuk menggantikan makanan yang seimbang.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

Sabun kojic Acid Kojiesan 65gm RM9/bar Postage RM8 (SM) RM12 (SS) ? ?% original . Yang baru nak cuba sabun yang bagus ni boleh beli 65gm ni. Sabun yang sangat bagus utk pelbagai masalah muka/badan dan daki degil. Sabun Kojic Acid dari Kojiesan dah terkenal satu dunia. Originally from Philipines dan ada ujian dermatologi. Sabun kojic Kojiesan boleh membantu masalah berikut: . ? Pigmentasi ? Jerawat ? Jeragat ? Pori2 muka yg besar ? Kulit kusam ? Sunburn ? Jerawat di badan ? Ketiak gelap ? Bikini area gelap . Whatsapp 0123562821 /0122109983 utk pertanyaan dan pembelian. ? . #kojiesanmalaysia #kojicacidsoap #sabunkojic #sabunkojicmurah #sabunkojiesan #eskinolmalaysia #eskinolphilipines #ketiakgelap #sabunhilangdaki #sabunjerawat #jerawatbadan

A post shared by Eskinol Murah RM14/RM11/RM8 (@ariantiazahari_eskinolmurah) on


Itu apa yang dilakukan oleh seorang pemuda berusia 21 tahun, yang hanya dikenal pasti sebagai Xiao Mao dari Hangzhou, China.

Dia gemar makan buah. Dia baru memasuki alam pekerjaan dan sering rasa malas untuk masak makanan yang seimbang apabila pulang dari kerja. Dia fikir buah-buahan ialah makanan sihat, jadi dia memutuskan untuk hanya makan buah sebagai makan malam dan ini merupakan kebiasaannya selama sebulan.

Biasanya, Xiao Mao akan makan tembikai susu dan pisang untuk menghilangkan rasa lapar.

Bagaimanapun, setelah cukup sebulan, dia mula rasa tidak sihat dan mengalami simptom-simptom, antaranya pening, loya, mulut kering dan lain-lain.

Dia kemudiannya datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan doktor telah melakukan beberapa ujian terhadapnya. Apabila keputusan keluar, dia terkejut dengan bacaan gula darahnya yang mencapai setinggi 79.98 mol/L, 10 kali lebih tinggi dari bacaan normal.

Mereka juga mendapati darahnya terlalu berasid dan dia mengalami ketoasidosis diabetes. Ini biasanya berlaku pada mereka yang menghidap kencing manis jenis I.

Xiao Mao kemudiannya diberi rawatan dan keadaannya kemudian menjadi stabil.

Doktornya menyatakan, buah memang sihat tetapi ia tidak harus dimakan menggantikan makanan seimbang. Dia menambah, Xiao Mao gemar makan buah yang mempunyai kandungan gula tinggi dan memberi peringatan supaya buah ini tidak dimakan dengan banyak terlalu kerap.

Bersederhanalah demi menjaga kesihatan. – amazingnara.com

Sumber: World of Buzz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...