Pemuda 21 Tahun Didakwa Atas 5 Pertuduhan Amang Seksual Terhadap Adik Rakan Sendiri Baru Berusia 9 Tahun

Berita

Pemuda 21 Tahun Didakwa Atas 5 Pertuduhan Amang Seksual Terhadap Adik Rakan Sendiri Baru Berusia 9 Tahun

Seorang pemuda berusia 21 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka atas lima pertuduhan berkaitan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak baru berusia 9 tahun.

Menurut laporan, tertuduh, Ahmad Dzul Fiqar Ahmad Fardzil bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan termasuk persetubuhan bertentangan dengan aturan tabi.

Advertisement

Mengikut empat pertuduhan pertama dia didakwa ‘memegang’ mangsa yang juga merupakan adik kepada rakannya, dengan maksud seksual di sebuah rumah pangsa di Ayer Keroh antara pukul 10 malam hingga 1 pagi pada 31 Mei lepas.

Tertuduh kes amang seksual fizikal Ahmad Dzul Fiqar Ahmad Fardzil

Kredit: Amran Ali/Kosmo

Tertuduh juga didakwa melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan mangsa di lokasi dan waktu yang sama.

Perbuatan terkutuk tertuduh terbongkar selepas mangsa menceritakan tentang kejadian itu kepada ibunya yang terus membuat laporan polis.

Difahamkan, mangsa telah ditinggalkan bersama tertuduh di ruang tamu rumah ketika ibunya keluar ke pasar malam. Abang mangsa juga kemudian keluar meninggalkan adik bersama rakannya itu.

kanak-kanak takut dipegang lelaki dewasa

Gambar hiasan

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Ishhar mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 bagi setiap pertuduhan serta syarat tambahan supaya tertuduh melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan tidak mengganggu mangsa.

Peguam tertuduh, Amritpal Singh bagaimanapun merayu agar jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan dan berasal daripada keluarga kurang berkemampuan.

Mahkamah memutuskan jaminan sebanyak RM25,000 bagi semua pertuduhan dan sebutan semula kes serta penyerahan dokumen ditetapkan pada 8 Julai depan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Selebriti Terkenal Didakwa Terlibat Kes Amang Seksual Rakan Baik Sissy Imann?
3 weeks ago

Selebriti Terkenal Didakwa Terlibat Kes Amang Seksual Rakan Baik Sissy Imann?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...