Pemuda 21 Tahun Berjaya Ubah Myvi Menyerupai Kereta Buatan Tesla

Automotif

Pemuda 21 Tahun Berjaya Ubah Myvi Menyerupai Kereta Buatan Tesla

Sejak dua menjak ini, kita semua lihat banyak anak muda menunjukkan bakat mereka dari ubahsuai mahupun bakat seni yang dihasilkan oleh mereka sendiri.

Baru-baru ini seorang pemuda tular di Twitter kerana berjaya mengubahsuai kereta Perodua Myvi menggunakan konsep Tesla.

Advertisement

Roshen Maghann, 21 telah berkongsi hasil inovasi kereta tempatan, Myvi yang diubahsuai sebahagian fungsinya menyerupai kereta buatan Tesla.

Menurut Roshen, ini adalah projek beliau sempena Hari Malaysia menggunakan Arduino bagi membolehkan kereta beliau dihidupkan dan dimatikan dengan menggunakan telefon pintar sahaja.
menggunakan Arduino

Arduino merupakan platform pengkomputeran sumber terbuka yang memberi peluang kepada pengguna untuk mencipta peranti elektronik yang interaktif.

Pada mulanya, Roshen bercadang menggunakan alat kawalan berasingan, namun beliau berubah fikiran lalu menghasilkan kawalan menggunakan telefon pintar miliknya sahaja.

Walaupun tiada orang yang memandu kereta, Roshen berjaya menaik taraf tiga fungsi Myvi berkenaan iaitu menghidupkan enjin kereta, memainkan muzik dan menurunkan cermin kereta.

Melihat kepada lebih banyak fungsi yang mampu dihasilkan, beliau turut mempertingkatkan sistem yang dihasilkan yang membolehkan beliau mengawal tingkap kenderaan dan memainkan muzik dalam kereta tersebut menggunakan telefon pintar.

Bukan itu sahaja, Roshen turut memprogramkan kereta tersebut untuk bergerak ke hadapan dan belakang sendiri dengan hanya menggunakan kawalan telefon pintar.

Roshen berkata, beliau menghadkan kelajuan Myvi pada 1 km/j kerana beliau tidak membuat sensor jarak sepertimana yang dimiliki Tesla. Oleh itu, had kelajuan tersebut sebagai ciri keselamatan supaya pengguna sempat mengubah sebarang objek yang berada di hadapan kereta tersebut.

Selain itu, beliau turut merancang untuk menggabungkan sistem kecerdasan buatan (A.I) dengan kereta Myvinya bagi membangunkan kereta yang mampu memandu sendiri di atas jalan raya dengan mengenalpasti lorong sendiri.

Apa yang menariknya, Roshan menggunakan wangnya sendiri untuk kos inovasi kereta Myvi ini.

Projek ini sangat seronok menurutnya, tetapi memerlukan banyak kos. Jika ada mana-mana syarikat yang ingin menaja projek ini bolehlah berhubung dengan Roshen di Twitter miliknya.

Apa pun, cool juga kan mempunyai Myvi yang dibekalkan dengan sedikit fungsi seakan Tesla seperti ini kan?

Semoga anak-anak muda yang mempunyai idea dan kemahiran seperti Roshen dapat mengembangkan bakat yang tersimpan untuk dipaparkan pada masa hadapan.

 

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.