Seorang pempengaruh berusia 39 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas mengamalkan diet yang sangat ekstrem selama bertahun-tahun.
Zhanna D’Art atau nama sebenarnya Zhanna Samsonova merupakan pempengaruh yang berasal dari Rusia dan telah disahkan maut di Malaysia baru-baru ini.
Menurut laporan, Zhanna sebelum ini mahu dikenali sebagai pempengaruh vegan dan sering berkongsi pelbagai video mempamerkan dirinya sedang mengunyah makanan mentah.
Rakan mendiang mendedahkan bahawa Zhanna menjalani kehidupannya dengan mengamalkan diet di mana dia hanya memakan durian dan nangka sejak 7 tahun lepas.
Difahamkan, Zhanna tetap percaya bahawa diet itu mengubah badan dan mindanya setiap hari meskipun secara realitinya, kesihatannya semakin merudum.
Beberapa bulan sebelum kematiannya, salah seorang rakan mendiang berkata Zhanna nampak kepenatan dan mempunyai benjolan di kaki ketika berada di Sri Lanka.
Dia dihantar pulang untuk mendapatkan rawatan tetapi dia melarikan diri lagi. Apabila saya berjumpa dengannya di Phuket, saya takut. Setiap hari saya takut temui mayatnya pada waktu pagi. Saya dah minta dia untuk dapatkan rawatan tetapi dia berkeras.”
Pada 21 Julai lepas, Zhanna meninggal dunia di Malaysia selepas dia mendapatkan rawatan dan punca kematian tidak rasmi adalah disebabkan kebuluran.
Ibu Zhanna bagaimanapun percaya anak perempuannya itu maut akibat jangkitan kerana bertahun-tahun memakan buah-buahan, biji benih dan jus.
Sehingga kini, punca kematian rasmi masih belum dikenal pasti.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.