Pempengaruh TikTok Terkenal Dedah Ditawarkan Setengah Juta Untuk Jadi ‘Anak Ikan’ – “Saya Sugar Mommy, Tolong…”

Kehidupan

Pempengaruh TikTok Terkenal Dedah Ditawarkan Setengah Juta Untuk Jadi ‘Anak Ikan’ – “Saya Sugar Mommy, Tolong…”

Pempengaruh TikTok yang dikenali dengan panggilan ‘abang POV’ iaitu Aizat Saha mendedahkan dia pernah ditawarkan wang ringgit oleh ‘sugar mommy’ sebelum ini.

 

Advertisement

Ditawarkan setengah juta

Menerusi satu temu bual, Aizat berkata wanita tersebut menawarkannya sebanyak RM500,000 semata-mata untuk dia menjadi ‘anak ikan’.

Tak dinafikan, saya ada terima mesej nakal tapi saya tak layan. Ada sekali tu saya dapat DM dia cakap, ‘Saya sugar mommy lebih kurang macam itu, nak bagi RM500,000. Tolong balas DM saya.

aizat saha

Kata Aizat dia tidak membalas mesej wanita berkenaan dan tegasnya juga dia sama sekali tidak akan mendapatkan wang dengan cara sebegitu.

Pada saya, duit banyak mana sekalipun tapi kalau datangnya dari tawaran begitu, ia tidak akan menjamin masa depan.

 

Ramai berterima kasih sebab buat content begitu

Sementara itu, Aizat juga berkata kehidupannya berubah selepas dia mula tular di media sosial dan dikenali malah kini ramai yang mengajaknya untuk bergambar jika berjumpa dengannya.

Ada juga yang hantar DM ucap terima kasih sebab buat mereka happy dengan content yang saya buat. Ini merupakan salah satu impian saya iaitu untuk menggembirakan orang lain.

aizat saha

Puteri Kasim kena tipu
1 year ago

"Siap Beli Rumah, Kereta, Bela 'Anak Ikan' Di Kolej" - Founder Kosmetik Dedah Staff Seleweng Duit Syarikat Lebih RM400K

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OHBULAN!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...