Seorang pempengatuh dari Taiwan yang terkenal dengan content memakan produk kosmetik dilaporkan meninggal dunia secara mengejut, Mei lalu.
Menurut laporan, mangsa yang dikenali sebagai Guava Beauty dan berusia 24 tahun itu popular dengan imej manis dan wajah seperti remaja.
Dia juga terkenal dengan content ‘make-up mukbang’ iaitu trend di mana individu akan makan produk kosmetik sambil berinteraksi dengan penonton di siaran langsung.
Kematiannya diumumkan keluarganya apabila wanita itu dilihat menyepi dari media sosial selepas interaksi terakhirnya di mana dia memakan satu produk kosmetik.
Menerusi video itu, dia mempromosikan sejenis pemerah pipi bertekstur seperti jeli dan menulis kapsyen,
Kalau kamu berani cadangkan, saya berani makan.
Dia dilihat menyapu pemerah pipi pada wajah sebelum menyuap masuk ke dalam mulut menggunakan garpu dan mengunyahnya.
Jom cuba. Rasa rangup macam agar-agar. Maaf kawan, tapi rasanya teruk.
Tiba-tiba bio profil bertukar, keluarga umum kematian
Ramai terkejut dengan tindakannya dan ada yang menyuarakan kebimbangan mereka bahawa content wanita itu akan mengelirukan penonton terutamanya golongan muda.
Berhentilah buat kandungan macam ini. Kalau suka, buatlah secara peribadi. Tapi janganlah promosikan makan kosmetik. Itu bahan kimia, bukan untuk dimakan. Ludah balik pun tak selamat. Kalau orang terikut dan jadi apa-apa, sanggupkah kamu bertanggungjawab?
Sejak itu, tiada sebarang content dikongsikan di akaun Guava Beauty sehinggalah pada 24 Mei bio di profilnya ditukar kepada ‘Log keluar dari dunia. Bermula perjalanan baru. Semua kolaborasi perniagaan dibatalkan’.
Tidak lama selepas itu, keluarga telah mengeluarkan kenyataan rasmi dan memaklumkan tentang pemergian Guava Beauty.
Dengan penuh kesedihan, kami maklumkan bahawa bintang video mukbang kosmetik kami, Guava Beauty telah menamatkan kerjayanya dan sudah meninggal dunia pada 24 Mei 2025.

Kredit: Weibo
Dalam pada itu, kematiannya menimbulkan pelbagai spekulasi tentang punca kematiannya di mana ada yang mengaitkannya dengan keracunan bahan kimia dalam kosmetik dan segelintir individu menyangka mungkin dia terkena serangan jantung.
Antara content dimuat naik Guava Beauty yang neraig perhatian sebelum ini adalah aksinya memakan gincu, pemerah pipi, masker muka dan pad kapas.
Sebelum ini juga ramai yang sudah bersuara dan berpendapat aksinya itu sesuatu yang dianggap melampau dan membimbangkan ramai.