Video lama melibatkan pempengaruh Indonesia, Mimi Peri kembali tular di media sosial dan menarik perhatian ramai selepas dia berkongsi mengenai kehidupan peribadinya yang mengejutkan orang ramai.
Menerusi video yang dikongsi semula oleh seorang pengguna di platform IG, Mimi atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani tampil menceritakan mengenai kehidupan peribadinya yang didakwa melibatkan hubungan sejenis.
Dalam video tersebut, Mimi mengakui dia menjalinkan hubungan sesama jenis dan mendakwa lebih memilih lelaki yang berasal dari kampung berbanding lelaki dari bandar.
Menurut Mimi, dia mempunyai alasan tersendiri dalam memilih pasangan tersebut kerana beranggapan lelaki kampung lebih terjaga kehidupan sosial mereka.
“Saya takut (HIV), tetapi saya tidak pernah mengambil orang bandar. Jadi saya suka budak kampung. Contohnya kanak-kanak kampung lebih bersih dan tidak menghidap HIV, kerana mereka tahu apa yang mereka lakukan.”
Pengakuan itu turut mendapat perhatian seorang peguam dikenali sebagai Advokat Mohamad. Menerusi akaun Instagram dan Threads miliknya, beliau meminta mana-mana individu yang mendakwa menjadi mangsa Mimi Peri supaya menghubunginya bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pempengaruh berkenaan.
Pada masa sama, beliau juga menggesa ibu bapa yang anak-anak mereka pernah berjumpa dengan Mimi Peri supaya memeriksa keadaan mereka kerana bimbang terdedah kepada sebarang risiko jangkitan penyakit.
Susulan video tersebut kembali tular, ia mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat Indonesia. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan Mimi Peri dan menuntut supaya perkara itu disiasat serta keadilan diberikan kepada pihak yang terlibat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

