Pempengaruh Media Sosial Ditahan Polis, Didakwa Merog*l Dua Remaja

Berita

Pempengaruh Media Sosial Ditahan Polis, Didakwa Merog*l Dua Remaja

Seorang pempengaruh media sosial berusia 23 tahun menggemparkan mahkamah hari ini selepas didakwa atas dua kes serius melibatkan remaja bawah umur. Kes tersebut membabitkan dakwaan rogol dan juga amang seksual fizikal terhadap dua mangsa berlainan.

Tertuduh, Muhammad Iman Hazriq Azizan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di dua Mahkamah Sesyen berasingan di Kuala Lumpur.

Advertisement

PDRM

Kes pertama dibicarakan di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar melibatkan dakwaan merogol seorang remaja perempuan berumur 15 tahun 6 bulan. Kejadian didakwa berlaku dalam bilik sebuah kondominium di Wangsa Maju pada 22 Januari lalu.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

Sementara itu, satu lagi pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Kafli Che Ali membabitkan mangsa kedua berusia 16 tahun. Tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja itu di lokasi dan masa yang sama.

Kes ini dibuka di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang juga membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika didapati bersalah.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Shakira Aliana Alias, mencadangkan jaminan RM15,000 bagi setiap pertuduhan serta beberapa syarat ketat tambahan termasuk penyerahan pasport, lapor diri bulanan dan larangan ganggu mangsa serta saksi.

Namun, peguam tertuduh, Mohamad Akmal Mohd Taufik, merayu supaya jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya masih bujang, berpendapatan rendah dan menanggung keluarga.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan. Syarat tambahan seperti yang dicadangkan pihak pendakwaan turut diterima. Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Mac dan 2 April depan di kedua-dua mahkamah. – Harian Metro

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-01-30 13:39:05

Peguam 'Kotak Pensel' Wakili Pegawai Tentera Kanan Seleweng Wang RM5 Juta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...