Pempengaruh Maut Selepas Jalani Pembedahan Plastik Buang Lemak & ‘Buat Hidung’ Secara Percuma

Kehidupan

Pempengaruh Maut Selepas Jalani Pembedahan Plastik Buang Lemak & ‘Buat Hidung’ Secara Percuma

Seorang model dan pempengaruh dilaporkan maut selepas mendapat pelawaan untuk mempromosikan pembedahan plastik di sebuah hospital di Istanbul, Turki baru-baru ini.

Ana Barbaea Buhe Buldrini, 31, merupakan pempengaruh dari Mozambique dan telah terbang ke Istanbul bersama suaminya, Elgar Miles untuk berbulan madu.

Advertisement

Difahamkan, Ana tertarik dengan tawaran membuat pembedahan plastik secara percuma dan ‘dibayar’ menerusi perkongsian di media sosial oleh Hospital Tusa.

pempengaruh Mozambique maut pembedahan plastik

Model itu berhasrat untuk melakukan prosedur membuang lemak atau liposuction, memancungkan hidung dan membesarkan payudara untuk tujuan kecantikan.

Berdasarkan kronologi, pada malam sebelum prosedur itu berlangsung, Ana dan suaminya sempat menghadiri pesta bersama doktor yang menawarkan servis percuma itu.

Namun kata suaminya, pada keesokan hari Ana tidak bersedia untuk menjalani prosedur berkenaan namun dipaksa doktor itu yang turut memberi jaminan bahawa semuanya akan berjalan lancar.

Kami hadir ke hospital hanya untuk melihat keadaan namun diyakinkan bahawa pembedahan yang akan dilakukan pasti selamat. Isteri saya akhirnya bersetuju.

pempengaruh Mozambique maut pembedahan plastik

pempengaruh Mozambique maut pembedahan plastik

Pada malam selepas Ana menjalani pembedahanan, suaminya dimaklumkan bahawa wanita itu tidak sedarkan diri tetapi keadaannya stabil.

Saya datang ke klinik keesokan hari dan melihat keadaan sangat kelam kabut. Ada yang menangis, ada yang panik. Isteri saya sudah tidak bernyawa.

Doktor yang menjalankan pembedahan itu dilaporkan telah ditahan namun kemudian dibebaskan. Pada masa yang sama, pihak hospital juga menafikan dakwaan bahawa berlakunya kecuaian yang menyebabkan kematian Ana.

Sebaliknya, pihak hospital mendakwa staf termasuk doktor telah mencuba sedaya upaya untuk cuba menyelamatkan pempengaruh itu.

“Saya hanya mahu keadilan ditegakkan dan kes ini menjadi contoh kepada semua orang yang ingin menjalani prosedur perubatan seperti yang pernah dijalani Ana,” kata Elgar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

daiyan trisha
3 weeks ago

Daiyan Trisha Buat Rawatan Chiro Tapi Netizen 'Sakit Mata' - "Boleh Pula Pegang Gitu, Ada Je Pakar Perempuan.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Daily Mail

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...