Akibat angin silang yang kuat sebuah pesawat Batik Air nyaris nahas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta (Soetta) pada Sabtu lalu.
Difahamkan, ketika kejadian cuaca buruk dan angin silang yang kuat telah menyebabkan sayap dan enjin kanan pesawat terbabit hampir menyentuh permukaan landasan.
Rakaman ketika kejadian tersebut berlaku tular di media sosial menunjukkan detik cemas ketika pesawat itu sedang cuba menstabilkan kedudukan sebelum akhirnya selamat.
Pesawat macam menjunam
Salah seorang penumpang yang juga merupakan pempengaruh Malaysia berkongsi detik cemas yang berlaku di dalam pesawat ketika kejadian tersebut berlaku.
Menerusi Instagram, Keynaazami berkata dia ke Jakarta atas urusan kerja dan pulang pada hari yang sama. Ceritanya, pengalaman itu cukup membuatkan dirinya trauma apabila pesawat itu mengalami turbulence teruk ketika mahu mendarat.
Kapten dah bagitahu ‘ready for arrival’. Time ni turbulence dah teruk. 20 minit dah nak sampai, saya dah menjerit sebab kitorang menjunam. Satu flight menjerit.
Pegang tangan penumpang lain, istighfar
Disebabkan keadaan yang menakutkan dan panik, dia berpegangan tangan dengan penumpang-penumpang bersebelahan dengannya sambil beristighfar.
Tambah wanita tersebut, ketika insiden tersebut sedang berlaku dia hanya berfikir tentang kematian dan berdoa agar umurnya panjang demi anaknya.
Saya ada anak kecil, masih bayi. Saya doa ‘Ya Allah, jangan tarik aku. Kalau nak tarik (nyawa) aku, tolonglah selepas anak dah besar’.
View this post on Instagram
Perkongsian wanita mesra dengan panggilan Keyna itu mendapat perhatian ramai yang turut terasa dengan pengalamannya dan rata-ratanya mengucapkan syukur dia dipanjangkan umur.