Pemohon Bantuan ‘Demand’, Beri Alasan Tak Biasa Bila Ditawar Kerja Kebun

Trending

Pemohon Bantuan ‘Demand’, Beri Alasan Tak Biasa Bila Ditawar Kerja Kebun

Baru-baru ini, viral di media sosial mesej permohonan bantuan bendera putih seorang individu yang meminta beberapa kilogram daging dan sotong besar. Sikap keterlaluan individu tersebut dianggap ‘diberi betis hendak paha’ apabila menyenaraikan beberapa barangan tidak perlu.

Terbaru, viral pula kisah di mana pemohon bantuan memberi pelbagai alasan apabila ditawarkan kerja. Menerusi perkongsian Izzah Rohaizad, individu berkenaan berkata seramai 8 orang isi rumah tidak bekerja sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mereka memerlukan barangan keperluan asas untuk meneruskan hidup selama beberapa minggu.

Advertisement

Bila bagi betis nak peha. Kadang-kadang betul juga cakap Dato Sri Vida tu. Rakyat kita selagi boleh mintak dia akan mintak kaw kaw. Kerja malas.

Susah sikit tak boleh. Selagi boleh dapat free kenapa nak kerja betul tak? Maybe ni laa dalam pemikiran mereka ni. Hope tak semua rakyat marhaen macam ni ya.

Walau bagaimanapun, apabila diminta bekerja mengambil upah di kebun dengan bayaran RM100 untuk dua orang, individu ini memberi alasan anaknya ‘tidak biasa’ dengan pekerjaan sedemikian.

Penat kami nak layan sorg sorg macam ni. Kami bantu setakat yang boleh je. Kalau tak reti boleh belajar. Saya boleh bantu ajar kan cara marketing. Orang lain pun confirm banyak lagi cara nak survive. Tapi Kalau anak pun dah besar gajah tapi masih lagi seronok meminta2. Tak nak berusaha..

Susah laa nak cakap. Saya tak cakap semua orang macam ni. But segelintirnya macam ni. Please ya. Cuba ubah cara masing-masing berfikir dan usaha. Sabar itu separuh dari iman. Hehhee kami cuba bersabar dan sentiasa bantu org lain dalam kesusahan.

Malah, apabila dicadangkan untuk mencuba perniagaan online, individu ini tidak dapat menerima dan menganggap ianya satu sindiran.

Kesal dengan jawapan balas individu tersebut, Puan Izzah mengakui memang ada segelintir masyarakat yang enggan berusaha dan hanya mengharapkan bantuan. Mereka seolah-olah seronok ‘meminta-minta’ sedangkan ada peluang pekerjaan di depan mata.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...