Peminat ‘Ultraman’ Kini Boleh Miliki Yamaha ‘Ultraman’ Y15ZR Edisi Terhad

Automotif

Peminat ‘Ultraman’ Kini Boleh Miliki Yamaha ‘Ultraman’ Y15ZR Edisi Terhad

Zaman kanak-kanak kita semua dahulu siapa tidak kenal dengan penyelamat dunia yang tersohor di Jepun si ‘Ultraman’ yang menyelamatkan dunia dengan mengalahkan si raksasa ketika itu.

Waktu itulah kita semua berangan nak sangat jadi ‘Ultraman’ dan mengumpulkan semua koleksi patung kecilnya untuk dijadikan koleksi.

Advertisement

Bagi anda yang memang peminat tegar watak hero ‘Ultraman’ ini dan masih tidak boleh melupakan zaman kanak-kanak anda, Kini Taigaco Sdn. Bhd. dan Welly Assorted Sdn. Bhd. berkolaborasi dengan model motosikal edisi terhad iaitu Ultraman Y15ZR.

Apa yang anda semua perlu tahu bahawa model Ultraman Y15ZR ini hanya  eksklusif dijual untuk pasaran Malaysia sahaja dan boleh dibeli di Welly Assorted Rawang.

Ia juga hadir dengan rekaan  rekaan airbrush sepenuhnya, emblem edisi terhad, tuil brek dan klac Rapido, penutup radiator Y15ZR dan barangan Ultraman khas.

Harga untuk model ini adalah  RM12,688 sahaja dan terhad kepada 100 unit sahaja. Jadi apa tunggu lagi, jika anda ingin memiliki motorsikal ini singgahlah ke Welly Assorted Rawang.

Segak bergayalah selepas ini apabila bergaya dengan motorsikal ‘Ultraman ini.

Kepada anda yang minat dengan model ini, boleh lihat di laman rasmi mereka ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Sumber: WELLY ASSORTED 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...